Rabu, September 04, 2013


Lima orang bekas penuntut universiti gagal dalam permohonan mereka untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan Seksyen 27(5) Akta Polis tidak mengikut perlembagaan dan membatalkan sabitan ke atas mereka.

Peruntukan dalam Akta Polis itu dimansuhkan pada tahun lalu dan digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan majoriti diketuai Hakim Datuk Seri Apandi Ali memutusan bahawa isu tersebut bukan perkara akademik walau dengan pemansuhan berkenaan.

Beliau memutuskan bahawa rayuan siswa berkenaan, yang menyertai satu perhimpunan anti-ISA 12 tahun lalu, tidak mengandungi merit.

Beliau mengekalkan denda RM3,900 ke atas siswa terbabit dan berkata pihak berkuasa boleh mengenakan sekatan tertentu mengikut undang-undang.

"Ia tidak menyekat hak untuk perhimpunan aman... kerana pihak berkuasa boleh mengenakan peruntukan mengikut kepentingan lebih besar dalam mengekalkan keamanan,” katanya.

Keputusan itu disokonga Hakim Datuk Linton Albert. Seorang lagi anggota panel Abdul Hamid Sultan Abu Backer membantah.

Kes tersebut pada awalnya melibatkan tujuh orang siswa yang didakwa melanggar Seksyen 27(5)(a) Akta Polis yang membawa hukuman denda antarta RM2,000 hingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun jika disabit kesalahan.

Seorang daripada dibebaskan dari pertuduhan. Dua lagi – Zulkefle Idris dan Ramzan Ali – meneruskan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Ps: Inilah padahnya bila berkawan dengan Si Mahasewel tu. Penyudahnya diorang pulak yang sewel jadinya. Padalah, Si Mahasewel tu tak de kena apa - apa pun!!! Diorang je yang kena bayar denda. Padan muka!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping