Hari ni baru hari Selasa beb. Ada banyak hari lagi untuk sampai ke tarikh sebenar. Ada kurang dari 20 hari lagi. Banyak lagi masa.
Esok baru diputuskan siapa yang benar - benar layak untuk bertanding selepas tempoh tarik diri ditutup petang tadi. Senarai nama pun akan dikeluarkan esok.
Rata - rata dah banyak dah yang bercerita. Dah macam - macam yang dibualkan. Oarang yang tak berpolitik pun, borak Politik jugak sekarang. SH hanya jadi pendengar dan penilai.
Apa yang SH rasa perlu dilaporkan, SH akan laporkan. Apa yang rasanya tak perlu, kita simpan jadi bahan rujukan dimasa akan datang. Ini cuma bahan renungan.
Takkan ada meja rundingan di kedai kopi yang takkan cerita pasal pemilihan UMNO ni. Semua orang akan bercerita mengenainya. Pergi la ceruk mana sekali pun.
Semuanya ada pandangan masing - masing. Semuanya ada pilihan mereka sendiri. Bila bagi pandangan ni yang seronok kita nak dengar dan perhatikan.
Macam - macam kesimpulan yang dibuat. Tapi, keputusannya tetap kena tunggu 12 dan 19 Oktober nanti. Itu hari penentuannya. Setakat ni, kita bercakap aje la.
Yang SH kesalnya ialah cara jentera tertentu berkempen untuk memenangkan calon masing - masing. Kalau diorang cerita bab perjuangan tahan lagi.
Ini siap buat cerita pasal calon lawan dan memburuk - burukkan orang lain menda kejadahnya? Apa faedah diorang dapat dengan menabur cerita sedemikian?
Sejak awal - awal lagi, permainan seumpama itu dah mula berkumandang diseluruh Malaysia. Macam - macam cerita buruk yang disampaikan dari mulut ke mulut.
Kalau cerita tu ada bukti yang kukuh tahan la jugak. Ini tidak. Semuanya hanya berdasarkan andaian semata - mata. Tak de bukti pun yang disertakan.
Perkara itu membuatkan SH terfikir, "Orang UMNO ni bukannya tak reti buat persepsi. Tapi diorang pandai buat persepsi terhadap sesama sendiri je rupanya."
Itu yang terlintas di fikiran SH. Nampak sangat ketaranya. Masa kempen nak lawan dengan pembangkang, tak de pulak diorang dok bercerita benda macam tu di kedai kopi.
Tak de pulak diorang nak memburuk - burukkan calon Pakatan Pembangkang. Dok kedai kopi, berkira berapa banyak peruntukan yang dah turun.
Pertikaikan pulak kenapa duit masih ada yang sangkut di Bahagian. Lepas tu tuduh orang itu ini makan duit dan sebagainya. Itu je yang orang UMNO mampu buat.
Jadi, SH nak nasihatkan la buat orang - orang UMNO ni. Nak bertanding, bertanding la. Nak berkempen, buat la cara yang betul. Tapi ingat la batasan masing - masing. Jangan sampai membogelkan diri sendiri!!! Yang rugi nanti parti, bukannya korang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.