Isnin, September 09, 2013


Jangan la kita cepat sangat nak bersangka buruk dengan Si Guan Eng ni. Kesian ke dia. Banyak lagi benda yang dia nak kena buat dua tiga bulan ni.

Dah la dia kena siapkan semula semua persiapan untuk buat pemilihan jawatankuasa CEC tu. Dia pun kena jugak balik belajar Matematik. Kira campur, tolak dan sebagainya.

Tu pun tak masuk lagi dengan kursus kelas komputer. Dah la Si Guan Eng tu buta IT. Nanti macam - macam pulak alasan yang dia bagi untuk menipu dalam pemilihan CEC kali ni.

Jadi, bagi mana - mana perwakilan serta calon jawatankuasa CEC tu, sabar je la dengan Si Guan Eng ni ek. Dia ni memang lembab sikit buat kerja. Nak pulak kalau berkaitan dengan 'DEMOKRASI' ni sebab dia memang tak tau apa - apa!!!
KUALA LUMPUR 8 Sept. - Bekas Ahli Parlimen DAP Seremban, John Fernandez yang pernah menjadi calon dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Disember tahun lalu, mendakwa tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berhubung pemilihan CEC baharu.

Malah, menurutnya, beliau juga tidak menerima sebarang penjelasan berhubung status kelayakannya untuk bertanding semula dalam CEC walaupun sebelum ini pernah menjadi calon dalam Kongres Kebangsaan DAP ke-15 di Pulau Pinang.

Katanya, beliau masih tidak jelas dengan kedudukannya ketika ini sama ada layak kembali bertanding dalam pemilihan semula yang dijadual pada 29 September ini atau sebaliknya.

"Saya belum menerima apa-apa surat mahupun sebarang notis daripada DAP, sehingga itu saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung perkara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, John Fernandez mengumumkan keluar daripada parti itu dan bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sehinggakan menyebabkannya dipecat serta-merta daripada DAP.

Beliau yang telah bersama DAP lebih 20 tahun mengambil langkah drastik keluar daripada parti itu selepas mendapati DAP bukan parti berbilang kaum 'kerana giat' meminggirkan kaum India.

Status John Fernandez menjadi persoalan selepas ROS mengarahkan DAP mengadakan semula pemilihan CEC yang dijadualkan pada 29 September ini sekali gus menyebabkan sebarang keputusan yang dibuat oleh CEC yang dibentuk pada Disember tahun lalu tidak sah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping