Ahad, September 08, 2013


Setiausaha politik Melayu kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini menafikan dakwaan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar bahawa beliau bersikap perkauman.

Sebaliknya, beliau mencabar Noh Omar untuk membuktikan dakwaan menyediakan keperluan pendidikan tanpa mengira latar belakang kaum, satu perbuatan rasis.

Malah, katanya beliau gagal memahami perkaitan dikemukakan oleh Noh bahawa kewujudan komuniti pelajar berbilang kaum nanti boleh mengancam kestabilan negara.

“Saya tidak rasis. Saya hanyalah seorang rakyat Malaysia. Kenyataan sebegini tidak akan difahami oleh masyarakat majmuk di Malaysia.

“Saya tidak nafikan keperluan pendidikan kaum Bumiputera terutamanya di kawasan luar bandar tetapi kaum bukan Bumiputera juga berhak menerima keistimewaan sama.

“Adakah salah meminta layanan sama kepada kawan-kawan saya yang lain? Adakah menuntut keadilan dan berkongsi kemewahan negara boleh digelar kenyataan rasis?” soalnya dalam satu kenyataan.

Sambil menyifatkan dirinya cukup patriotik dengan melihat kesukaran rakan-rakan kaumnya yang lain, beliau turut menggesa Noh dan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain untuk turut sama merasai keperitan mereka.

Graduan undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu turut melihat objektif penubuhan institusi itu tidak lagi berfokuskan kepada golongan sasarnya.

“UiTM kini bukan sahaja terbuka kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah tetapi kepada golongan kelas pertengahan.

“Saya masih ingat ada seorang pelajar yang merupakan anak perempuan kepada seorang menteri memandu kereta Peugeot ke kampus dengan mendapatkan pelekat kenderaan khas dan meletak kenderaan di ruang kakitangan.

“Justeru, jika pelajar Bumiputera dari golongan atasan mendapat keistimewaan belajar di UiTM dengan yuran yang rendah, mengapa pelajar bukan Melayu tidak dilayan seperti itu,” katanya.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. apasla dia tak pergi ke chian minta pendidikan dan kehidupan yg saksama antara org cina disana dgn org2 uighur di cina?minta maaf la kak oiii,org cina ni memang tebal sikap perkauman nya,dari segi perkerjaan cukup,cuba tnaay staf melayu,dan india sama tak gaji dgn staf cina?malau kau ada melayu mcm ni.

    BalasPadam
  2. Bodohnya dia,....kenapa tak pertikai yang ramai kaum bukan Melayu di Ipts yang lebih kaya,lebih duit dan lebih segala-galanya.Asyik-asyik satu-satunya untuk Melayu dan Bumiputra yang dipertikai.Agak-agaknya .semua yang ada hendak disama ratakan termasuklah agama yer!!!

    BalasPadam
  3. Itulah tugas kerajaan membantu pihak yg kurang dgn mengagih keperluan kpd yg hak tanpa mengabai pihak yg lain. Jangan lihat sebelah mata saja.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping