Sabtu, September 07, 2013


Melihat kerenah sesetengah pemimpin yang suka menjual diri tak tentu arah ni kadang - kadang mengujakan kita. Nak pulak kalau diorang ni dari kalangan Pakatan Pembangkang.

Kalau bab bercakap, memang tak boleh nak lawan la diorang ni. Bab jual nama ni tak payah nak cerita la. Diorang memang lagi hebat dalam bab - bab nak menjual diri ni.

Dan salah seorang yang menjadi tumpuan SH ialah Si Fuziah tu. Dia bab nak menjaja diri dia buat itu dan ini memang cekap beb.

Dulu, masa pihak Kerajaan merancang nak buat Rapid Kuantan sebagai alternatif kepada pengangkutan awam bagi penduduk di Kuantan dia pertikai.

Kata dia, benda tu hanya akan merugikan syarikat - syarikat bas yang sedia ada dan masih beroperasi di Kuantan. Malah ianya juga akan merugikan pemandu teksi.

Maka pada ketika itu, puas la dia pukul canang, menghasut pemandu bas serta teksi agar membantah cadangan yang dibuat oleh Kerajaan.

Tapi apabila projek Rapid Kuantan tu diterima hangat oleh rakyat, mula la Si Fuziah ni kata yang ianya hasil 'kerja tangan' dia sewaktu didalam dewan.

Kononnya, kata dia, idea dia la yang membuatkan pihak Kerajaan nak buat Rapid Kuantan tu. Dia la yang bersuara didalam Parlimen.

Nampak tak macam mana caranya Si Fuziah ni menjual diri dia kepada rakyat dengan memutar belitkan kenyataan untuk mengelirukan mereka?

Nah! Sekarang kemungkinan besar dia akan menjadikan Terminal Sentral Kuantan (TSK) sebagai sasaran seterusnya untuk dijadikan bahan modal berpolitik.

Sebelum ini, ketika Datuk Seri Najib datang melawat tapak TSK, Si Fuziah tu ada jugak berbunyik. Kononnya projek tu hanya sia - sia.

Dia desak supaya pihak Kerajaan memperbaiki semula terminal yang sedia ada (kini dah jadi UTC Kuantan) dan menambah-baik sahaja. Tak payah bina yang baru.

Malah, Si Fuziah tu juga katanya turut menjadikan alasan jarak TSK yang berada jauh dari kawasan bandar sebagai bahan untuk dia menjaja.

Sekarang, bila TSK dah bukak, respon dari kalangan rakyat terhadapnya cukup memberansangkan dan penerimaannya dapat dirasai secara menyeluruh.

Ramai dikalangan rakyat menyatakan bahawa mereka bangga dengan adanya TSK tu di Kuantan kerana prasarananya lengkap dan terkini.

Hah! Lepas ni, jangan heran la kalau Si Fuziah tu tampil depan orang ramai dan mendabik dada mengatakan kononnya projek TSK tu pun buah tangan dia jugak!!! Ada pulak yang buah lain hinggap atas kepala nanti!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping