Wah!!! Hebat nampak gayanya Presiden PAS ni. Berani betul dia lawan cakap Nik Aziz tu secara terang - terangan dalam media ek.
Hadi Awang tak takut dengan Murka Nik Aziz ke? Dia tak risau ke kalau Nik Aziz tak bagi dia tiket masuk Sorga nanti? Naya wooo...
Sebelum ini, Nik Aziz jelas mengatakan bahawa PAS tidak mungkin akan bekerjasama dengan UMNO walau dalam apa keadaan sekali pun.
Kiranya, bagi Nik Aziz, pintu rundingan dan penyatuan orang Melayu/Islam di Malaysia ni dah mati. Tak mungkin ianya dapat dihidupkan semula.
Tapi, dalam kenyataan Hadi Awang hari ni, dia kata PAS tak pernah tutup pintu rundingan tu. Hadi Awang kata PAS dan UMNO masih boleh bekerjasama.
PAS sedia berdialog dengan UMNO dalam isu membabitkan masa depan Islam dan juga Melayu dengan syarat ia perlu berlandaskan kepada empat sumber rujukan utama iaitu al-Quran, Hadis, Ijma Ulama dan Qiyas.Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS tidak pernah menutup pintu rundingan dengan UMNO, malah sedia melakukannya pada bila-bila masa berlandaskan isu dan kepentingan bersama."PAS tetap bersedia untuk berbincang walaupun hanya membabitkan parti itu dan UMNO sahaja, tanpa disertai ahli pakatan pembangkang masing-masing dalam politik."Kita sedia bincang dengan UMNO, cuma cari isu yang sesuai. Atas dasar ini kita tak pernah tutup pintu dengan UMNO," katanya selepas menyempurnakan penutupan Karnival Pendidikan Islam Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena dekat sini, sebentar tadi.
Nampak sangat la dalam PAS ni pun masing - masing tak tetap pendirian. Yang satu nampak sangat nak memperjuangkan Islam dan memartabatkan Melayu.
Tapi malangnya, yang sorang lagi tu menolak penyatuan Ummah bagi tujuan menguatkan Islam. Tinggal lagi, apa kita nak heran dengan dia ye tak. Dah itu bukan tujuan dan hala tuju dia. Apa yang penting bagi Si Nik Aziz tu hanya Politik!!! Yang itu dia nak bawak ke kubur!!!
Tengok muka dua ekor ni tak ada langsung tanda Islam, yang nampak pada dua ekor ni adalah muka iblis.
BalasPadamKah kah kah...kelakar weh baca tajuk tiket kena koyak.teruskan perjuangan anda SH
BalasPadam