Sabtu, September 21, 2013


Wah! Ini dah kira satu perkembangan menarik ni. Nampak gayanya, senario Politik dalam PKR tu sendiri bakal berubah kalau betul maklumat yang didedahkan dibawah.

Dengar kata, Kak Wan Omega nak bagi laluan dan Si Ketua Penipu tu 'Bakal' dinobatkan sebagai Presiden PKR yang baru sejurus selepas pemilihan parti tersebut tahun depan.

Katanya, ada 3 nama personaliti yang sudah mula mengintai peluang untuk merebut jawatan tertinggi dalam parti tu. Kata sumber tu lagi, Kak Wan dah nak pencen dari Politik.

Kalau betul la apa yang dilaporkan, siapa pulak nak mengisi jawatan sebagai Ketua Umum PKR kelak setelah jawatan itu dikosongkan oleh Si Ketua Penipu tu?

Takkan pulak diorang nak angkat 'Hantu' Chin Peng dan letak dia kat atas kerusi tu kot? Tu dah betul - betul hilang akal namanya.

Menurut sumber dalam PKR tu lagi, antara nama - nama yang disebut - sebut untuk mengisi kekosongan Kak Wan Omega ialah Azmin Ali selaku Timbalan Presiden.

Kita tak heran sangat kalau nama Azmin ni disebut - sebut. Memang selama ini pun dia mengidam - idamkan jawatan tersebut. Maklum la, 'Madu Si Ketua Penipu'.

Tapi, adakah Si Azmin ni mampu nak merealisasikan impian dia tu? Dia tak tau ke yang Kak Wan tu memang berbulu je setiap kali menatap wajah dia?

Dan takkan pulak Kak Wan Omega selaku Presiden sekarang ni nak bagi laluan mudah untuk Si Azmin tu naik dan menggantikan tempat dia dalam pemilihan akan datang?

Kita pun tau mengenai perbalahan Politik dalaman diantara Kak Wan dan Si Azmin ni macam mana ye tak. Ianya dah jadi 'rahsia umum'. Tak de yang terselindung.

Tambahan pulak, PKR ni diibaratkan 'Anak Emas' Kak Wan sendiri. Dia yang menubuhkan PKR sehingga berada pada tahapnya hari ini.

Maka, adalah sesuatu yang mustahil seandainya Si Azmin ni boleh senang - senang hati je nak naik mendadak. Biarpun dia 'Madu' Si Ketua Penipu tu sendiri.

Dan kemungkinan atas sebab itulah jugak kita dengar nama Nurul Izzah dan Khalid Gagap turut menjadi sebutan dikalangan ahli - ahli PKR sendiri.

Perkara tu juga bukan sesuatu yang baru bagi kita sebab kita tau bahawa Nurul Izzah serta Khalid Gagap tu merupakan proksi serta kroni Kak Wan dalam PKR.

Apa yang SH tak boleh terima ialah apabila sumber tu kata nama Si Nurul Izzah tu turut disokong oleh golongan muda dalam PKR. Orang muda ni tengok benda lain.

Percaya la. Orang muda dalam PKR ni bukannya tengok kepimpinan yang memang tak pernah ada pada Si Nurul Izzah tu. Tapi diorang tengok 'Benda' lain.

Al - Maklum la. Parti Songsang. Maka pemikiran diorang pun terjebak sama la. Songsang jugak semuanya. Sama macam Si Ketua Penipu tu jugak Songsangnya!!!

Kesimpulannya, andai kata pendedahan ini benar, maka kita dapat buktikan satu perkara. Si Ketua Penipu tu memang seorang Penipu Besar!!! Dia Bapak Kepada Semua Penipu!!!

Hari tu dia sendiri berjanji, kalau Pakatan kalah dalam PRU ke 13 dan GAGAL merampas Putrajaya, dia akan bersara dan jadi Pensyarah. Itu janji dia.

Kalau dah macam tu keadaan semasa yang ada dalam PKR ni, usah mimpi la Si Ketua Penipu tu nak bersara!!! Dia setakat pandai cakap je untuk meraih simpati. Hakikatnya, dia sendiri tak mampu nak tunaikan janji. Waima janji tu dia sendiri yang buat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping