Huh! Siapa sangka ye tak. Kak Ijat ingat panas ditengah hari. Rupanya hujan sampai ke petang. Takut - takut 'banjir' je terus beb. Tu yang bahaya tu.
Hari tu kita dengan Datuk Azalina Othman yang nak cabar Kak Ijat. Tapi tak jadi. Lega la sekejap Kak Ijat sebab ingat kedudukan dia selamat.
Hari ini, pencabar jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Raihan Suleiman Palestin telah menghantar borang pencalonan bagi merebut jawatan tersebut.
KUALA LUMPUR 21 Sept. - Raihan Suleiman Palestin yang akan mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti tiba di pusat penyerahan borang pencalonan tepat pukul 10.15 pagi ini di PWTC.Beberapa minit selepas selesai menyerahkan borang, Raihan yang kemudian keluar mula dikerumuni wartawan bagi mendapatkan reaksinya mengenai hasrat untuk bertanding jawatan nombor satu Wanita UMNO itu.Raihan yang ditemani suami dan abangnya bagaimanapun sebak buat seketika sebelum dapat bercakap dengan para wartawan.Katanya, beliau datang menyerahkan borang demi meneruskan perjuangan seluruh akar umbi sayap itu yang mahukan perubahan dalam parti.
Tapi, tak selamat jugak rupanya. Ada jugak orang yang nak mencabar Kak Ijat. Nampak gayanya, ada jugak la orang yang rasa diri dia ada kemampuan untuk lawan Kak Ijat.
Persoalannya, adakah dia mampu untuk menggalas beban yang bakal dipikul kelak? Maklum la, sayap Wanita ni merupakan diantara sayap yang paling penting dalam UMNO.
Ada sesetengah orang cukup skeptikal sekiranya Kak Ijat terus pegang jawatan tersebut memandangkan Kak Ijat terlibat dengan skandal NFC.
Sama ada Kak Ijat terlibat secara lansung atau tidak, orang bukannya peduli. Yang pasti, Kak Ijat ada kena tempias. Tak banyak pun, hujung kaki seluar pun orang kira.
Jadi, kita tengok aje la macam mana kesudahannya dengan kes Kak Ijat tu nanti. Adakah ianya akan memberikan kesan kepada Kak Ijat atau jentera Wanita tetap berdiri teguh dibelakang dia? Sama - sama kita nantikan!!!
wanita tetap teguh berdiri di belakang datuk sharizat,,
BalasPadam