Ahad, September 29, 2013


Seorang imam dipercayai pengikut ajaran Syiah ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di kuarters kakitangan ladang Risda Pekoti Timur, Rompin, semalam.

Ketua Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek, berkata imam berumur 64 tahun itu disyaki mengamalkan ajaran itu sejak enam tahun lalu.

Katanya, turut dirampas dalam operasi kira-kira jam 2 petang itu ialah beberapa buku dan peralatan dipercayai berkaitan dengan ajaran itu.

"Antara barang yang dirampas ialah tiga ketul batu turba, sepaket tanah yang dipercayai dari Karbala dan sehelai kain kapan dipercayai dari Iran," katanya.

Beliau berkata, imam terbabit berdepan kemungkinan tuduhan mengikut Seksyen 165 dan Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun.

Ahmad Raffli berkata, Pahang mewartakan pengharaman ajaran Syiah pada 12 September lalu.

Ketika ditahan, katanya, imam yang berasal dari Kelantan itu ada bersama anak lelakinya berumur 32 tahun manakala isteri imam itu dipercayai berada di kediaman mereka di Felda Selancar.

Ahmad Raffli berkata, imam yang bertugas di ladang itu mendapat tauliah daripada JAIP sejak 20 tahun lalu dan lelaki itu dipercayai hanya mengamalkan ajaran itu secara sembunyi dengan tidak menyebarkannya kepada orang ramai.

Imam itu dipercayai aktif menyertai aktiviti sebuah kumpulan yang ada kaitan dengan ajaran itu serta kerap mengunjungi beberapa markas ajaran Syiah termasuk di Gombak, Selangor.

Katanya, JAIP akan sentiasa memantau pergerakan kumpulan atau individu yang cuba menyebarkan ajaran itu di negeri ini dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti mereka berbuat demikian.

Ps: Huh! Gempar jugak cerita ni kat Pahang semalam. Tapi sebab SH tak de di Pahang kerana ada urusan peribadi, cuma dapat baca dalam media je la.

Ada jugak yang tanya, imam syiah tu orang PAS ke? Itu SH belum pasti lagi. Tapi, kalau ada masa SH akan siasat siapa dia Imam Syiah yang kena tangkap tu!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping