Itu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Si Khalid Gagap sejurus selepas dia pulang 'bermesyuarat' di Bangkok selama tiga hari yang lalu.
Sebelum ini, dah ada orang yang mengajukan persoalan tentang kewajaran Rejim Pakatan Selangor mengadakan 'retreat' sampai ke luar Negara.
Jelas Khalid, perkara itu dilakukan oleh pihaknya untuk memajukan Negeri Selangor dan mengangkat taraf 'sosio-ekonomi' rakyat Negeri.
Barisan Exco Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pulang dari ‘pemukiman’ (retreat) tiga hari di Bangkok, Thailand hari ini dengan kenyataan akan melancarkan pelan tindakan lima tahun untuk mengangkat taraf sosio ekonomi rakyat Selangor sebagai sebuah negeri maju.Khalid, yang mendapat kecaman hebat daripada pengkritiknya kerana dianggap membazir wang rakyat mengadakan mesyuarat Exco di luar negara, berkata pelan itu berdasarkan strategi di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor untuk Pilihan Raya Umum ke-13, Mei lalu.Beliau dan rombongannya yang termasuk beberapa pegawai kanan kerajaan negeri, ahli parlimen dan ketua-ketua syarikat GLC Selangor, pulang petang ini tanpa mengadakan sidang media.Sebaliknya, satu kenyataan media beliau menyatakan sesi ‘retreat’ tiga hari itu telah berjaya menampilkan pelan tindakan berserta senarai program atau langkah-langkah yang akan dijalankan dalam jangka pendek, sederhana dan panjang.
Oh! Kalau nak memajukan Negeri kena pergi sampai ke Bangkok la ye? Kalau duduk dalam Negeri, tak boleh majukan Negeri? Macam tu ke maksud Khalid?
Kiranya, selama hari ini Barisan Nasional buat tak betul la ek. Sebab Kerajaan BN terdahulu tak pernah pulak buat benda tak berfaedah macam tu.
Nak membangunkan Negeri, pergi la jenguk ke Negeri sendiri dulu. Yang nak dibawak sampai ke Bangkok tu apa kejadahnya!!! Itu mengabihkan masa.
Yang menjadi pertikaian sekarang ialah mengenai perbelanjaan yang diguna pakai untuk mengadakan 'retreat' tu. Itu yang perlu dijelaskan.
Kalau setakat bagi jawapan cliche' yang lapuk macam tu, rakyat takkan nak percaya der!!! Tambahan pulak, rakyat sekarang ni bertindak secara 'direct approch'.
Diorang nak tau justifikasi yang jelas dari Rejim Pakatan Selangor. Berapa banyak jumlah wang yang telah digunakan bagi menampung perbelanjaan mereka disana.
Kalau itu jawapan Si Khalid Gagap tu kepada persoalan rakyat, patut la sekarang ni Selangor dah jadi Pusat Aktiviti Haram sebab pelan pembangunan pun ciplak Bangkok punya!!! Tak heran la kalau rumah urut dan rumah tumpangan bersepah kat Selangor!!!
memangla, nak tengok macamana pat pong dibangunkan, boleh tiru kat Selangor.
BalasPadam