Hahaha!!! Banyak betul hadiah menarik yang Si Ketua Penipu tu perolehi sempena hari ulang tahun penipuan dia semalam ek. Hari ni, ada satu lagi hadiah untuk dia.
Kalau tempoh hari, Si Ketua Penipu tu telah memfailkan permohonan untuk menggugurkan Peguam Pendakwa yang mengendalikan rayuan kes liwat dia terhadap Saiful.
Kalau dulu, macam - macam la alasan dia gunakan untuk terus menangguhkan kes liwat tersebut dari terus dibicarakan di mahkamah. Kali ini tak de bezanya.
Hari ini, Si Ketua Penipu tu mendapat satu kejutan yang mampu membuatkan dia terkedu. Katanya salah seorang hakim mahkamah rayuan tu pernah dengar kes dia sebelum ini.
Katanya, Hakim Tengku Maimun Tuan Mat, pernah menjadi Hakim bagi kes liwat dia terhadap Azizan Razak sebelum ini. Maka mula la dia buat alasan yang bukan - bukan.
PUTRAJAYA 17 Sept - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menangguhkan kes liwat II yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas permohonan responden (Anwar) menerusi peguamnya, Karpal Singh untuk menggugurkan salah seorang hakim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dikatakan bias.Tengku Maimun sebelum ini turut terlibat dalam perbicaraan dengan kes liwat I (Azizan).
Nah! Sekali lagi Si Ketua Penipu tu telah berjaya menangguhkan kes dia dimahkamah untuk sekian kalinya. Kalau main tangguh macam ni, bila nak selesai?
Apa yang pasti, orang macam Si Ketua Penipu ni merupakan manusia yang PALING takut nak berhadapan dengan Kebenaran. Jadi, sebab itulah dia banyak bagi alasan.
Selama hari ini, Si Ketua Penipu tu dok tuduh UMNO dan pihak Kerajaan sengaja nak buat fitnah terhadap dia dengan menimbulkan isu liwat ni.
Tapi dalam masa yang sama, dia sendiri tidak berjaya meyakinkan rakyat dengan apa yang dia dakwa. Dia sendiri seolah - olah takut nak berdepan dengan Keadilan.
Andaikata dia berada dipihak yang benar, dia tak perlu takut bila kes tersebut dibicarakan dimahkamah. Sepatutnya dia teruskan sahaja perbicaraan kes tu.
Jika benar dia tak terlibat, sudah tentu pihak pendakwaan tidak mampu untuk membuktikan perkara yang dituduh tu tak berlaku.
Jadi, untuk apa dia nak takut sangat sampai terpaksa mencipta alasan untuk menangguhkan kes tersebut berulang - ulang kali? Kan nampak sangat dia ada benda yang nak disembunyikan dari pengetahuan orang. Kalau dah namanya Penipu tu Penipu la jugak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.