Isnin, September 09, 2013


Belum masanya untuk Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Menteri Besar Incorporated (MBI), kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebaliknya, Khalid berkata berkata sebarang pengumuman mengenai pelantikan itu akan dibuat secara rasm pada masa yang sesuai.

"Dia (Faekah) akan kekal sebagai mereka yang bekerja di pejabat menteri besar tetapi kita sudah aturkan tugas-tugasnya tetapi dia sudah mula menjalankan tugas tetapi ada sesetengah tugas dia akan siapkan.

"Jadi dia bertindih-tindih (buat masa ini), jadi itu sebab kita tidak membuat pengumuman, jadi apabila sudah selesai baru kita buat pengumuman.

"Kita sebagai seperti biasa ada baiknya kita tidak mengumumkan perkara yang hendak dibuat tetapi mengumumkan perkara selepas dibuat dan mendapatkan hasilnya.

"Kalau tidak kita asyik sibuk hendak tanya bila hendak buat," katanya kepada pemberita tadi selepas menghadiri Majlis Penutupan Persidangan Antarabangsa Pembangunan Mualaf di Universiti Islam Antarabangsa Selangor, petang tadi.

Sumber dalaman kepada Antarapos sebelum ini memberitahu Faekah akan dilantik menjadi CEO MBI dalam masa terdekat.

Katanya lagi perkara berkenaan dikukuhkan dengan pelantikan dua setiausaha politik untuk membantu Khalid.

Mereka adalah Mustapa Mohd Talib, yang dipertanggungjaeab dalam urusan khas dan Azman Bidin yang akan membantu urusan Khalid di kerusi Bandar Tun Razak dan juga Pelabuhan Klang.

Faekah bagaimanapun berkata beliau belum menerima tawaran tersebut, namun mengesahkan terlibat dalam urusan rundingan beberapa perkara termasuk berkaitan air.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping