Khamis, September 12, 2013


Bagi seorang pemimpin yang memperjuangkan semangat Liberalis macam Si Khalid gereja ni, perkara itu tidak menjadi satu yang mengejutkan kita sebenarnya.

Memang kita boleh agak dah yang dia tetap akan menolak kepimpinan Ulama yang selama ini menjadi sebahagian dari komponen utama dalam PAS.

Walaupun Khalid Gereja memberikan hujah dan penerangan secara panjang lebar mengenai perkara tersebut, adakah ahli - ahli PAS secara keseluruhannya dapat terima?

Kata Khalid, untuk menjadi seorang Timbalan Presiden, seseorang itu tidak semestinya perlu datang dari golongan ulama semata - mata.

Mereka boleh datang dari mana - mana golongan sekali pun asalkan tugas dan tanggungjawab utama didahulukan didalam parti.

Bagi Khalid, jawatan sebagai Timbalan Presiden itu bukan satu pengiktirafan kepada Ulama sebaliknya ianya merupakan satu tugas yang perlu digalas dengan amanah.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Abdul Samad berpendapat, Timbalan Presiden akan menjadi ‘panglima perang’ memimpin parti di medan politik dan bukannya dianggap sebagai penghormatan khas kepada ulama sahaja.

“Jawatan ini bukan sebagai suatu ‘penghormatan’, iaitu yang dihormati sebagai ulama maka diberi jawatan tersebut. Jawatan ini datang dengan satu amanah tertentu.


“Perlu diberi kepada yang boleh melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang datang bersama dengan jawatan tersebut,” katanya.
Mungkin Si Khalid Gereja ni sedar. Jika jawatan tersebut diberikan kepada seorang Ulama, maka pemegang jawatan tu akan terikat tangannya.

Mana tidak. Takkan la golongan Ulama tu sanggup nak tabur fitnah dan mencaci cerca orang diatas pentas ketika mengadakan ceramah? Kalau orang lain tak pe jugak.

Dalam erti kata mudahnya, PAS tak mungkin dapat menang Pilihan Raya dan menambah sokongan sekiranya pemimpin mereka tak pandai tabur fitnah.

Secara tak lansung, Si Khalid Gereja ni sebenarnya berniat nak menyelamatkan gelaran Ulama tu dari dicemari oleh kerja - kerja kotor yang telah dilakukan selama hari ini.

Ye la. Kita pun tahu. Selama Si Mat Syabun tu jadi Timbalan Presiden, dia tak pernah pun berkongsi ilmu agama dengan orang lain. Sebaliknya dia hanya memaki hamun orang je.

Sebab itu Nik Aziz sendiri telah menyatakan bahawa jawatan Timbalan Presiden tu perlu dipulangka semula kepada golongan Ulama supaya PAS tu sendiri tidak tercemar.

Tapi, selagi PAS masih simpan pemimpin macam Si Khalid Gereja, Mat Syabun dan yang seangkatan dengannya, maka selama itulah PAS akan terus berada dalam kesesatan.

Kesimpulannya, kenyataan Si Khalid Gereja ini mengukuhkan lagi dakwaan bahawa dalam PAS memang wujud dua golongan. Jika tidak, kenapa pulak dia nak keluarkan kenyataan sedemikian? Kan nampak sangat Si Khalid Gereja ni memalukan PAS sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping