Kiranya kan, semua Setiausaha Politik puak - puak Pakatan Haram jadah ni suka bebenor tabur fitnah terhadap orang lain tanpa mempunyai bukti yang kukuh.
Hari tu Setiausaha Politik Si Nurul Izzah kena mintak ampun dengan sebuah syarikat dan membuat permohonan maaf sebanyak 100 kali dalam twitter.
Kini giliran Setiausaha Politik Si Ketua Penipu tu pulak yang buat hal. Tapi itulah yang orang kata. Macam mana acuan, macam tu jugak la hasilnya. Kalau acuan tu buat daripada sampah, maka hasilnya pun sampah la jugak!!!
Boustead Holdings Berhad menarik balik saman fitnahnya terhadap Anggota Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin selepas Sim membuat permohonan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi berhubung kenyataannya mengenai projek tebus guna tanah oleh syarikat itu hari ini.Menurut peguam yang mewakili Boustead, Fahri Azzat berkata pihak pendakwaan sudi menerima permohonan maaf daripada Sim."Plaintif (Boustead) bersetuju menerima penyelesaian penuh dan muktamad penarikan balik kenyataan dan permohonan maaf oleh defendan (Sim)," katanya.Menurutnya lagi Boustead dan Sim bersetuju untuk menyelesaikan masalah itu secara baik. Boustead diwakili peguam Izzat Othman sementara Sim diwakili peguam Ranjit Singh.Sim berkata semua kenyataan yang dibuat terhadap syarikat korporat berkenaan adalah tidak tepat. Beliau membacakan permohonan maaf itu di hadapan Hakim Datuk Varghese George Varughese."Dengan itu, saya tanpa bersyarat ingin menarik balik semua kenyataan saya dan saya memohon maaf kepada Boustead bagi sebarang salah tafsir yang timbul daripada komen saya itu," katanya.Sim dalam pada itu juga mengakui bahawa kenyataan yang dibuatnya pada ketika beliau menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak merupakan pandangan peribadinya.Untuk rekod, pada 7 Oktober 2011, Boustead memfailkan saman fitnah terhadap Sim memohon ganti rugi RM1 juta dan kos berhubung kenyataan Sim yang dibuat pada 2 Oktober tahun sama yang didakwa memfitnah syarikat itu.Syarikat itu juga memohon defendan supaya membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan secara terbuka dalam semua akhbar tempatan dan memberi akujanji secara bertulis supaya tidak mengulangi kenyataan itu sama ada secara lisan atau bertulis kepada umum.
Entah lah kenapa begitu senang di terima permohonan maaf di atas fitnah dan tuduhan oleh orang politik yang tidak bertanggung jawab. Tidak umum tahu bahawa kata-kata fitnah dan tuduhan yang tidak berasas telah banyak membawa kerosakan kepada namabaik sesaorang dan organisasi, termasuk lah kerajaan dan kepimpinan kerajaan? Mereka-mereka ini sepatutnya dihukum secukup nya dan membuat perakuan kesilapan dan maaf secara terbuka di dalam satu mukasurat semua akhbar main stream dan dalam TV.
BalasPadam