Sabtu, September 07, 2013


Mukhtamar PAS kini semakin hangat diperkatakan oleh ahli - ahli PAS diperingkat akar umbi. Macam - macam cerita yang kita dah dengar.

Terkini, wujud dakwaan kononnya golongan Pro Ulama didalam PAS mahu kembali merampas kuasa dari golongan Reformis. Beberapa nama turut menjadi sebutan.

Seorang tokoh baru yang akan ditonjolkan ialah anak menantu Hadi Awang, Zaharuddin Muhammad yang disebut-sebut bakal bertanding untuk kedudukan di dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat.

Nama dia mula menjadi sebutan dan menonjol ketika musim Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijalankan dalam bulan Mei yang lalu.

Walaubagaimana pun, Zaharuddin dituduh oleh seorang blogger pro-PAS Tulang Besi sebagai punca berlakunya pertindihan calon Pakatan di tiga kerusi DUN di Selangor iaitu Kota Damansara, Paya Jaras dan Taman Templer.

Tulang Besi mendedahkan bahawa Zaharuddin mendapatkan surat watikah yang ditandatangani oleh Hadi Awang meskipun surat watikah lazimnya ditandatangani oleh setiausaha PAS.

Zaharuddin juga ialah ahli Majlis Syura Ulama PAS yang dilantik pada tahun 2011 dan dia juga merupakan ahli exco Pemuda PAS Pusat.

Di dalam perkembangan berkaitan sumber dalaman parti menyatakan bahawa ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man bakal merebut jawatan Timbalan Presiden dari penyandang jawatannya.

Mohamad yang lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu mewakili golongan reformis memenangi kerusi Timbalan Presiden dalam pertandingan 3 penjuru. Lawan beliau ialah Tuan Ibrahim dan penyandang ketika itu, Nasharuddin Mat Isa.

Sebahagian besar pemimpin dalam kumpulan reformis turut menang jawatan dalam muktamar di dalam tahun 2011. Walau bagaimanapun para pemimpin reformis ini tidak berjaya dalam pilihan raya umum ke 13.

Antaranya, Mat Sabu kalah di kerusi parlimen Pendang. Naib presiden Salahuddin Ayub kalah di kerusi Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya.  Dzulkefly Ahmad gagal mempertahankan kerusi parlimen Kuala Selangor.

Menurut sumber dalaman parti, kumpulan reformis akan mempertahankan jawatan mereka dalam parti dan tidak akan mengemukakan calon baru dalam pemilihan muktamar tahun ini.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping