Ahad, September 15, 2013


Setelah lima tahun mereka hidup bersama, akhirnya mereka mula berasa sangsi diantara satu sama lain. Mula masing - masing terasa macam ada benda yang tak kena.

Hubungan yang selama ini dianggap satu perhubungan yang Halal mula dilihat Haram disisi agama. Malah kecurigaan itu mula menampakkan benih perpecahan.

Ibarat macam suami isteri la jugak. Walaupun dah lama berumah tangga tapi bila masing - masing ada agenda tersendiri, tak mustahil ada pihak yang akan curiga.

Nak pulak kalau perhubungan tu dilakukan secara tiga hala. Memang wujud kemungkinan besar berlakunya keretakan dan kecurigaan diantara satu sama lain.

Tambah - tambahan jika hubungan tersebut disulami dengan nafsu serakah yang tak kenal erti batasan Islam. Apa sahaja dilakukan 'At All Cost' demi memenuhi nafsu.

Dapat pulak orang yang nafsunya tak dapat dibendung. Kiri kanan sama saja, depan belakang sama rasa katanya. Maka tak mustahil la kalau hubungan tu dianggap haram.

Lima tahun bukan la satu jangka masa yang pendek beb. Lima tahun kita dah puas tengok luar dan dalam. Takkan kita tak perasan kurap atau panau yang ada?

Takkan la dek kerana sedap melayan nafsu, benda - benda macam tu nak dibiarkan begitu sahaja? Bila dah berjangkit nanti, kita nak salahkan sapa?

Dah lima tahun berlalu baru diorang nak kaji sama ada Tahaluf Siyasi diantara mereka ni dilaksanakan berlandaskan hukum syarak atau pun tidak?

Baru sekarang diorang nak tengok sama ada Tahaluf Siyasi tu menepati syarat - syarat yang dibenarkan dalam Islam? Kenapa baru sekarang diorang nak buat?

Sebab Tahaluf Siyasi tu dilihat tidak memberi sebarang keuntungan kepada mereka. Sebaliknya, ia hanya merugikan kepentingan peribadi semata - mata.

Jadi, baru sekarang la diorang sedar bahawa Tahaluf Siyasi yang mereka lakukan lima tahun yang lalu tidak mendatangkan sebarang hasil yang memberansangkan.

Ada pun setakat lahir anak luar nikah je. Lebih ramai Pencacai Songsang yang berjaya diternak. Itu pun hanya merosakkan perjuangan Islam yang sejati.

Bayangkan. Demi memenuhi nafsu peribadi, Tahaluf Siyasi yang dilakukan oleh mereka sebelum ini sanggup menggugurkan perjuangan Negara Islam.

Malah, nak menegakkan Hukum Hudud pun dah tak jadi satu agenda utama bagi parti. Itu pun masih lagi diorang nak anggap Tahaluf Siyasi tu menguntungkan?

Malang sungguh ada pemimpin macam ni. Bila dah terantuk baru la nak terngadah. Itu pun bagi yang sedar dengan apa yang berlaku. Tapi bagi yang masih asyik diulit mimpi indah, sampai kesudah la diorang tu hanyut!!!
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. salam tuan, minta tlg link kn blog sy. blog tuan telah pn sy linkkn di blog sy.

    salam brotherhood

    BalasPadam
  2. ..dulu kini selamanya lebai2 kulop dlm pas mmg bodoh.. taqbir!..

    BalasPadam
  3. daripada tak ada niat memperjuangkan terus agenda islam mcm mn?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping