Selasa, September 10, 2013


Hahaha!!! Kalau sebut je nama Si Mahfuz Bean ni, dah tentu ada dikalangan kita yang akan gelak berguling - guling. Tu belum baca cerita dia lagi.

Baru dengar nama pun dah boleh buat kita tergelak. Mana tidaknya. Semua kenyataan yang dia keluarkan sebelum ini hanya mengundang hilai tawa rakyat je.

Sebab apa? Sebab kenyataan dia tu dapat memberi kita gambaran mengenai diri dia yang sebenarnya. Seorang Badut yang berjaya memperdayakan orang lain.

Bagi seorang pemimpin yang mempunyai kelulusan SRP dan pernah bertugas sebagai pengangkut beg kat airport, Si Mahfuz Bean ni tak de benda lain yang boleh dibanggakan.

Nak kata dia seorang ilmuan Islam, dia sendiri pun tak habis belajar. Nak kata dia ulama, tak pernah pulak dia berkongsi ilmu agama dengan kita.

Apa yang dia ada hanyalah kebolehan untuk mengampu orang atasan dan mencari jalan bagi kepentingan diri dia sendiri. Maka sebab tu SH kata, dia ni cakap tak serupa bikin.

Bila dia kata semua ahli PAS perlu cari habuan untuk perjuangan parti, jelas ianya merupakan satu kenyataan yang Retorik. Setakat bercakap je pandai.

Hakikatnya, dia sendiri pun tak mampu nak buat apa yang dia sendiri katakan. Jika tidak, kenapa masih ramai lagi orang di Pokok Sena tu yang ketinggalan?

Tengok saja la kedudukan dia sekarang. Bagaimana mungkin seorang tukang angkat beg boleh memiliki kemewahan seperti yang dia ada pada hari ini? Tak masuk akal kan?

Jadi, semuanya sudah jelas. Apa yang diperkatakan oleh Si Mahfuz Bean tu sebelum ini hanya satu omongan kosong semata - mata. Sebaliknya, ia hanya memalukan PAS.

Kenyataan Si Mahfuz tu membuktikan bahawa ada dikalangan ahli PAS yang mencari peluang untuk mengaut keuntungan bagi diri mereka sendiri.

Malah, Si Mahfuz Bean tu jugak menghalalkan supaya ahli PAS ni mencari 'Habuan'. Ianya jelas bertentangan dengan perjuangan PAS selama hari ini.

Bukan ke PAS sebelum ini menolak pemimpin serta ahli yang hanya mengejar Habuan duniawi semata - mata? Jadi, apa kejadahnya pulak SI Mahfuz Bean tu nak halalkannya?

Kemungkinan besar, dia sendiri yang buat macam tu. Mencari habuan biarpun ianya bertentangan dengan perjuangan PAS sendiri. Tu pasal la dia tak nak orang lain 'Potong' dia. Kalau tidak, macam mana dia nak cari makan!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping