Nasib baik la Malaysia menang dengan Myanmar malam tadi dan berjaya menempah tiket ke Final Piala Pesta Bola Merdeka. Kalau tidak?
Dah tentu - tentu malam ni penuh kat dalam laman media sosial dengan sumpah seranah yang bukan - bukan. Nak pulak kalau didalam FB.
Macam - macam cerita akan keluar. Macam - macam pendapat yang akan diutarakan oleh para peminat Skuad Harimau Malaya. Itu dah jadi macam lumrah.
Biar pun kalah sekali pun, jangan la kita kutuk beria sangat. Kalah pun bukan orang lain, pasukan Negara kita jugak. Kalau nak kritik, biar la bagi kritikan membina. Jangan bagi pandangan yang bukan - bukan sudah la!!!
Pasukan Malaysia berjaya mencatat kemenangan kedua Pestabola Merdeka apabila menewaskan Myanmar 2-1 di Stadium Darul Makmur, Isnin.Kemenangan ini secara rasminya melayakkan skuad bimbingan Ong Kim Swee ini ke final selepas mengumpul enam mata daripada dua perlawanan biarpun masih lagi berbaki satu perlawanan bertemu Thailand Rabu ini.Kedua- dua pasukan mula mengatur serangan sejak awal permainan dimulakan apabila penyerang kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Nor berjaya membolosi benteng pertahanan lawan pada minit kedua permainan, namun cubaan itu gagal tepat ke pintu gol.Namun penyerang kelahiran Pahang itu dilayangkan kad kuning pada minit ke-12 kerana menerjah pemain Myanmar.Selepas bertungkus-lumus cuba menyerang kubu pertahanan, pasukan Myanmar memecah kebuntuan dengan gol pertama perlawanan apabila bola yang ditepis penjaga gol negara, Mohd Firdaus Muhammad hasil daripada cubaan pemain Myanmar, Nay Lin Tun terkena betis Mohd Zubir Mohd Azmi sekaligus bola memasuki gawang sendiri pada minit ke-37.Bersambung pada babak kedua, Harimau Muda tidak berputus asa mengatur strategi yang lebih baik dengan melakukan serangan demi serangan namun benteng pertahanan anak buah Park Sung Hwa itu jelas sukar ditembusi.Skuad negara berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-64 hasil sepakan percuma Wan Zack Haikal sebelum Junior Eldstal menanduk ke arah gawang dan disempurnakan oleh kapten pasukan, Mohd Irfan Fazail.Sebelas minit selepas itu, stadium sekali lagi bergegar dengan sorakan lebih kurang 3,000 orang penyokong apabila sepakan percuma yang diambil Wan Zack Haikal tepat ke pintu gol.
Thailand hantar pasukan tangkap muat aja. Janganlah seronok melampau.
BalasPadam