MISTERI. Itulah seadanya. Tiada perkataan lain yang dapat SH berikan melainkan kewujudan projek tersebut adalah satu MISTERI.
Mana tidaknya. Pendedahan yang dibuat sebelum ini mengesahkan bahawa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat tidak tahu menahu mengenai projek tersebut. (Klik Sini)
Malah sumber dari pihak Kerajaan Negeri sendiri pun terpinga - pinga apabila isu berkaitan projek mega itu mula muncul dalam laman blog sebelum ini.
Namun, pendedahan awal yang dibuat oleh sahabat blogger SH, brader Din Turtle menyatakan kemungkin bahawa ianya hanya projek MLM. (Klik Sini)
Waima ada orang kata projek tu Kemungkinan dibuat diatas tanah milik persendirian sekali pun, Kerajaan Negeri mesti sedia maklum mengenainya.
Adalah satu perkara yang mustahil sekiranya Kerajaan Negeri yang merupakan Tuan tanah sendiri pun tak tahu. Kawasannya besar, bukan sekadar sekangkang kera.
Penafian dari pihak Kerajaan Negeri sendiri telah dibuat oleh Pegawai Perlancongan Negeri. Malah Menteri berkaitan pun dah bagi kenyataan. Dia pun tak tau.
Apa yang perlu sekarang ialah menunggu jawapan dari Pejabat Perdana Menteri sendiri dalam hal ini sebab syarikat yang terbabit menjual nama Perdana Menteri.
Itu gambaran jelas yang dipaparkan dalam laman website syarikat berkenaan. Jika ianya tidak benar, maka PMO perlu bertindak segera bagi menyelesaikan masalah ini.
Pihak SSM juga perlu menyiasat siapa sebenarnya pemilik syarikat berkenaan. Ada yang sebut nama Dato' Dr. Allan Ho, ada yang kata KB Tan. Masalahnya, siapa mereka ni?
Sehingga persoalan tersebut dapat dijelaskan, SH sendiri pun tak tau nak jawab apa sebab memang tidak ada dalam rekod berkaitan dengan projek seumpama itu.
Kesimpulan yang mampu SH berikan hanya berdasarkan apa yang SH dimaklumkan semalam. Itu sahaja. Projek tersebut kekal MISTERI selagi tidak ada penjelasan dari pihak terbabit. Jangan dah kena siasat nanti baru diorang nak melatah sudah la!!!
dedahkan bro dan follow-up selagi tidak mendapat penjelasan dari pehak yang berwajib. saya rasa semestinya ada agenda tersembunyi disebalik peojek raksaksa tersebut. kalau ada perwakilan UMNO yang bertelor, bawakan issue ini ke PAU nanti. kalau projek itu merupakan projek raksaksa, jadikan juga issue ini issue raksaksa juga. ini semua bukanya masaalah politik dan diharapkan tidak dipolitikkan. ini adalah masaalah Islam dan Melayu. kalau benarlah projek ini mendapat restu dari kerajaan Malaysia saperti didakwa, maka bangsa Melayu sewajibnya bantah besar besaran dan mendesak pemimpin kerajaan hari ini kosongkan kerusi. sememangnya nyatalah, kiranya betul saperti didakwa, kerajaan sedang kearah liberalisasi. ini tidak boleh dibiarkan dan saya jangka bangsa Melayu tidak mampu untuk merelakanya.
BalasPadamProjek Spritual Tourism yang diketengahkan olih Blog Din Turtle bukanlah satu pembohongan mahupun bertujuan penipuan tetapi projek yang hangat diperkatakan dan telah mendapat 'bantahan' dari umat Islam serta Blogger adalah satu kebenaran. Projek ini telah diumumkan pada tahun 2007 sewaktu Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Pada era itu Pak Lah melalui Khazanah telah mengumumkan berbillion Ringgit nilai Projek dari Utara hingga Selatan serta Pantai Timur dan Projek Spritual Tourism adalah salah satu daripadanya.
BalasPadamSila layari :- puteramariam.blogspot.com utk seterusnya.