Khamis, September 05, 2013


Itulah pandangan dangkal yang dilontarkan oleh Pak Berahim selaku Ketua Penerangan PAS Pusat berikutan isu penahanan Pak Samad tempoh hari.

Jelas, Pak Berahim ni sekadar nak menjadi juara tatkala pemilihan PAS bakal bermula tidak lama lagi. Jadi, dia terpaksa jugak jual nama dia untuk mempertahankan Pak Samad.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), berkata tindakan ugutan untuk menarik balik gelaran Sasterawan Negara adalah satu penghinaan kepada Samad yang banyak menyumbang kepada negara.

"PAS melihat ada pihak yang semakin rancak bertindak melampau terhadap sasterawan negara itu.

"Kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada A Samad Said sangat menghina," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, layanan hina sedemikian hanya semata-mata kerana Samad tidak menyokong kerajaan, bukan kerana kebenaran yang dinyatakan sasterawan itu.

"Apakah kerajaan boleh menidakkan sumbangan Pak Samad memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu hanya kerana apa yang diperjuangkan Pak Samad kini tidak mesra kerajaan," katanya.
Apa yang pasti, Pak Berahim sendiri tidak memahami isu yang berkaitan. Pak Samad tu ditahan untuk disoal siasat berikutan pengibaran bendera Komunis baru - baru ni.

Lagi pun, pihak Polis tahan Pak Samad di rumah. Bukannya diheret dari tepi jalan macam yang pernah menimpa Si Tian Chuak sebelum ini.

Kenyataan yang diluahkan oleh Pak Berahim pun jelas satu kenyataan yang dangkal. Adakah Pak Berahim ingat hanya Pak Samad je yang menyumbang kepada Kesasteraan Melayu?

Bagaimana pula dengan orang lain? Rasanya ramai lagi pihak yang menyumbang ke arah itu selain dari Pak Samad. Kenapa hanya Pak Samad je yang kena hentam?

Sebabnya mudah. Dalam ramai - ramai Sasterawan Negara tu, hanya Pak Samad sorang jenis manusia yang tak sedarkan diri. Dia alpa dengan gelaran yang dia terima.

Penentangan Pak Samad terhadap Kerajaan pun bukan disebabkan rakyat. Tapi atas sebab dia marah karya dia diturunkan dari menjadi bahan rujukan disekolah.

Itu membuktikan bahawa Pak Samad sendiri tidak menyokong perkembangan Kesasteraan Melayu yang diperjuangkan oleh orang lain. 

Dia ingat dia je ke pejuang Sastera di Malaysia ni? Agak - agak la woi!!! Ramai lagi orang lain yang jadi pejuang. Tapi diorang tak de la jadi manusia lupa diri macam Pak Samad ni!!! Itu pun Pak Berahim tak sedar jugak ke!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. KALAU KECERDIKAN SUDAH HILANG, KEMATANGAN TELAH MELAYANG APA LAGI YANG ADA PADA SESEORANG ITU ? WALAU PUN SEBELUM INI BELIAU BERADA DI PUNCAK TETAPI SEMUA ITU TIDAK AKAN KEKAL DAN BILA-BILA MASA SAHAJA IA AKAN DIRENTAP ALLAH S.W.T......ITULAH YANG TERJADI PADA PAK SAMAD SASTERAWAN KERING,YANG KERING BADAN DAN KERING MINDA......,SAYANG SERIBU KALI SAYANG PAK SAMAD TELAH MASUK KE LUBANG BIAWAK......DENGAN MENYERTAI PAS WALAU SETINGGI DAN SEMULIA MANA PUN INSAN TERSEB UT IANYA TETAP KEJI DAN TERCELA PADA MANUSIA SERTA ALLAH........DAN LAMBAT LAUN MEREKA KAN JADI SEBODOH-BODOH MANUSIA.......IANGATLAH PAS ADALAH MARKAS UNTUK MEREKRUT INSAN DARI CETDIK JADI SEBALIKNYA.........ITULAH NASIB YANG MENIMPA PAK SAMAD...KERANA SALAH MEMILIH HABITAT MAKA ROSAK LAH SEGALANYA.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping