Hah! Apa yang dah dilakukan oleh Pemuda PAS ni sampai begitu sekali tamparan yang diterima oleh Si Nurul Izzah ni? Hebat sungguh Pemuda PAS ni ye.
Sebelum ini, Pemuda PAS Pusat menjelaskan bahawa mereka tetap menolak sebarang usaha untuk mewujudkan perpaduan diantara Pembangkang dengan Kerajaan.
Cadangan tersebut diutarakan oleh Si Ketua Penipu sebagai satu langkah terdesak dia untuk keluar dari kesilapan yang dilakukan sebelum ini iaitu menipu rakyat terang - terangan.
Dalam kenyataan Hadi Awang berhubung dengan cadangan tersebut jelas menyatakan bahawa cadangan tersebut bukan la satu cadangan yang baru.
Sebaliknya, kata Hadi Awang, perkara tersebut dah lama dilakukan oleh PAS. Membincangkan masalah rakyat ni bukannya idea baru.
Kiranya, jika kita lihat dari satu sudut, kenyataan Dewan Pemuda PAS Pusat tu jelas bertentangan dengan apa yang diluahkan oleh Presiden PAS sendiri.
Dalam ertikata lainnya, Tahaluf Siyasi ataupun kerjasama diantara PAS dengan Kerajaan ni dah lama dilakukan demi untuk kepentingan rakyat.
Jadi, kenapa pulak Dewan Pemuda PAS Pusat nak tolak perkara sedemikian sekiranya mereka benar - benar nak memperjuangkan rakyat?
Mungkin sebab cadangan tu datangnya dari muut Si Ketua Penipu tu. Maka sebab itu la diorang tolak cadangan tu mentah - mentah.
Dan kemungkinan sebab itu jugak Si Nurul Izzah ni meroyan tak tentu arah dan membidas kenyataan DPPM dalam wawancara bersama Sinar Harian ni.
Jelas, pendirian dikalangan kepimpinan Pakatan Haramjadah tu sejak akhir - akhir ni sudah mula jadi celaru. Ianya bertentangan diantara satu dengan yang lain. Bagaimana mungkin diorang ni mampu nak mentadbir Negara kalau itu pun diorang tak sependapat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.