Isnin, September 09, 2013


Perkara itu cukup mengujakan SH apabila membaca artikel penuh temubual Malaysian Insider dengan Pak Samad semalam. Tajuknya memang gempak beb. (Klik Sini)

Cubaan untuk meraih simpati cukup jelas dipaparkan pada tajuk artikel tersebut. Katanya, Pak Samad sudah bersedia untuk mati. Kan gempak tu?

Bukan la SH nak mencela kenyataan tersebut. Tapi melihat kepada tindakan serta pertuturan Pak Samad sendiri tak kelihatan dia sudah cukup bersedia.

Kiranya, dah nak mati pun dia masih lagi sibuk nak berpolitik? Itu sahaja yang bermain diminda SH ketika membaca artikel penuh Pak Samad tu.

Jika sebelum ni, Pak Samad terlibat dengan beberapa gerakan Pro Pakatan yang jelas bersifat Politik semata - mata biar pun dia berselindung disebalik nama NGO.

BERSIH tu nampak sangat ada kaitan dengan Politik. Dan Politik mereka cenderung ke arah Pakatan. Pun masih ada yang nak kata Bersih tu NGO bebas?

Malah, penglibatan Pak Samad dalam Politik bukan terbatas sehingga disitu sahaja. Dia juga turut bersama - sama Pakatan turun berkempen dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Dan, amat mengejutkan ialah apabila dia memilih DAPigs, parti paling Chauvinist dalam Malaysia sebagai platform untuk dia berjuang.

Pun masih lagi Pak Samad nak kata dia 'Bebas' dari sebarang pengaruh Politik? Jelas, apa yang dia cuba nak sampaikan sebenarnya hanya bahan Retorik semata - mata.

Baru - baru ini, nama Pak Samad kembali diperkatakan apabila dia dilihat menyokong pengibaran bendera Komunis Sang Saka Malaya di Dataran Merdeka.

Tindakan Pak Samad itu membuatkan dia telah ditahan oleh pihak Polis untuk disoal siasat. Alo brader!!! Sendiri pandai cari penyakit, jangan nak salahkan orang lain la.

Tak payah la Pak Samad nak buat cerita kononnya dia dilayan dengan sebegitu teruk sehingga menghukum pihak Polis tak hormat dia sebagai seorang 'Sasterawan Negara'.

Tu pun kira nasib baik la Pak Samad tak kata yang ianya satu sandiwara dan permainan Politik UMNO untuk menjatuhkan reputasi dia dikhalayak ramai.

Mungkin disebabkan itulah Pak Samad membuat pendirian bahawa warga muda zaman ini perlu menghormati jasa pejuang sebenar Negara seperti yang dijelaskan dibawah:
Penulis naskhah Lantai T Pinkie itu turut mengingatkan generasi muda agar sentiasa menyanjung pejuang bangsa yang terdahulu.

Katanya, pejuang negara berhaluan kiri seperti Rashid Maidin, Abdullah Sidi, Norkiah Abdullah dan lain-lain adalah mereka yang berjuang menentang British malah negara penjajah itu bekerjasama dengan Chin Peng bagi menentang Jepun.

“Chin Peng sendiri pernah menerima dua pingat dari British namun hasrat parti komunis ketika itu mahu memerdekakan negara dan kedua blok itu bermusuh kembali.

“Sejarah ditentukan oleh pihak menang. Justeru mereka boleh berkata apa sahaja dengan menuduh komunis adalah satu ancaman.

“Isu rusuhan kaum 13 Mei 1969 juga tidak perlu disingkap kembali kerana luka lama perlu disembuhkan," katanya.
Nah! Bukti apa lagi yang hendak kita paparkan kepada rakyat bagi menjelaskan bahawa Pak Samad ni masih sibuk dengan Politik duniawi? Adakah itu pun dia anggap sebagai salah satu persediaan untuk ke alam barzah jugak!!! Fikir - fikir la tengok!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. salam....
    bkn salah ibu mengandung.....
    bawa bawa lah muhasabah diri.. samad..samad..

    BalasPadam
  2. Pak samad dah nyayok!

    BalasPadam
  3. Rasa2 mcm nak kasi pelempang aje,tapi kut kut mati pula camane?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping