Khamis, September 05, 2013


Mungkin bagi seorang yang berpendidikan tinggi, dia boleh la kata yang Pak Samad tu seorang yang 'Matang'. Kiranya dia cakap tu masih berlapik lagi.

Hakikatnya, orang tak sedar diri macam Pak Samad ni bukan sahaja tak 'Matang' tapi dia ni dah nyanyuk!!! Dia lupa siapa diri dia. Dia dah mula terasa diri dia 'Besar'.

Tu pasal la dia ingat dia boleh buat apa sahaja di Negara ni sesuka hati dia. Dia ingat dia kebal dari sebarang tindakan undang - undang yang sedia ada.

Pak Samad ni ingat diri dia sorang je yang bagus kat Malaysia ni sebab dia diberikan gelaran 'Sasterawan Negara'. Tu sebab la dia mengamuk bila karya dia tidak lagi diangkat.

Bagi Pak Samad, hasil karya sahabat seperjuangan dia yang kini namanya tercatat pada buku teks pelajar tingkatan 6 tu tak setanding dengan dia. 

Sahabat dia tu tak de gelaran Sasterawan Negara. Jadi, tak layak la karya sahabat dia tu diangkat bagi menggantikan karya dia yang sebelum ini dijadikan bahan rujukan.

Kesimpulannya, penentangan Pak Samad terhadap Kerajaan bukan la atas sebab rakyat. Sebaliknya sebab buku Teks budak sekolah tingkatan 6!!! Kalau itu tak boleh dianggap sebagai satu tindakan orang tua yang nyanyuk, apa lagi yang kita boleh katakan!!!
A. Samad Said sepatutnya tidak terlibat dalam pengibaran bendera Sang Saka Malaya, kata Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.

Teo berkata tindakan berbaur penghinaan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh sesiapa sahaja apatah lagi tokoh negara yang disegani ramai.

Tambahnya lagi, A. Samad Said atau lebih mesra dipanggil Pak Samad sudah terlalu dewasa untuk dipergunakan pihak tertentu demi kepentingan politik mereka.

"Tindakan beliau itu pertama sekali, tidak bertanggungjawab. Keduanya memperlihatkan keburukan kepada diri beliau sendiri..dengan kedudukan yang begitu disanjungi rakyat, tiba-tiba beliau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan norma biasa.

"Itu satu penghinaan kepada Jalur Gemilang dan rakyat Malaysia yang ratanya menyanjungi bendera negara kita. 
Jadi bagi saya, mengapa mereka bertindak sedemikian? Antaranya kerana permusuhan politik yang tak sudah-sudah," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
Categories:

2 ulasan:

  1. bodoh la hang ni. org nyanyuk takdenya selalu jemaah kat masjid. kalau nk jumpa datuk A. Samad Said ni selalu la pegi kat masjid negara. dia ada kat situ tiap waktu... D

    BalasPadam
  2. Apa gunanya dia solat tiap waktu tapi dengan manusia dia berbangga dengan gelaran yang dia ada???

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping