Itu yang membuatkan SH sendiri pelik bila ada seorang sahabat menghantar gambar dibawah ni semalam. Katanya Pemuda PAS Pahang buat demo ditepi jalan.
Kononnya diorang sedang sibuk membuat bantahan mengenai kenaikkan harga minyak yang kini hangat diperkatakan diseluruh Negara.
Harga minyak tu naik sebanyak RM 0.20 sen je seliter. Tu pun sebab pihak Kerajaan mengurangkan subsidi minyak Ron 95 sebanyak RM 0.20sen.
Tapi, kalau kita terangkan secara panjang lebar sebab apa Kerajaan naikkan harga minyak tu kepada puak - puak Parti Angguk Saja ni pun tak guna jugak. Diorang bukan faham.
Sebabnya diorang ada pemimpin yang macam Si Mahfuz Bean tu. Nanti kalau kita sebut perkembangan 'Fiskal', ada pulak yang kata ianya sejenis kuih raya.
Cuma yang kita herannya, kenapa PAS tidak pulak buat benda yang sama ketika isu penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam diperkatakan sebelum ini?
Kenapa Pemuda PAS terutamanya hanya mendiamkan diri bila diminta oleh pihak berkenaan supaya mendedahkan pendirian mereka berkaitan perkara tersebut?
Walhal, jika dilihat dari sudut akidah, isu kalimah Allah tu lebih besar impak terhadap perkembangan Islam di Malaysia jika nak dibandingkan dengan isu harga minyak.
Isu mengenai kalimah Allah tu mampu menggugat Iman dan Akidah umat Islam. Kenaikkan harga minyak ni tak menggugat Islam pun.
Soalnya sekarang, apakah dasar perjuangan PAS hari ini sudah berubah? Isu keduniaan didahulukan lebih besar dari isu akidah dan iman umat Islam.
Mana perginya semangat nak menegakkan Islam yang selama ini dilaung - laungkan oleh mereka? Adakah ianya sudah berkubur seperti mana berkuburnya perjuangan Negara Islam? Kalau setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!!
merepek
BalasPadam