Itu diantara pendapat yang dilontarkan beberapa orang sahabat SH malam tadi sebaik sahaja mereka mendengar pengumuman yang dibuat oleh Datuk Muhkriz.
Ada dikalangan mereka yang terkejut. Ada pula yang dah tau dengan keputusan tersebut. Tak kurang jugak ada yang hanya mampu menggelengkan kepala.
Masing - masing ada pendapat sendiri. Kata mereka, penyertaan Mukhriz memberi impak berbeza terhadap persaingan Naib Presiden UMNO Kebangsaan.
Kehadiran Mukhriz mampu 'meratakan' semula 'padang permainan'. Malah, Naib Presiden sedia ada sekarang pun kena buat kerja lebih kuat.
Bagi SH, tak de salahnya jika Mukhriz nak bertanding. Nak pulak bila UMNO men'demokrasi'kan parti dengan cara 'membuka sempadan'.
Pemilihan kali ini, semua orang pun boleh bertanding. Tak kira la siapa pun mereka, asalkan mereka mempunyai kelayakan serta syarat yang telah ditetapkan.
Tetapi, apa yang SH lihat adalah dari sudut pembangkang. Sudah pasti ada dikalangan Pakatan Haramjadah tu sendiri tengah bertepuk tangan pada ketika ini.
SH seolah - olah dapat melihat sendiri persepsi yang akan dimainkan oleh Pakatan Haramjadah tu kelak. Apa 'Game Plan' mereka bila dengar berita macam ni.
Sebelum diorang mula buat cerita, biar kita 'Preempt' dulu apa yang bermain dalam kepala otak puak - puak Pakatan Haramjadah ni supaya kita boleh kata, "Ala, dah agak dah."
Mereka pasti akan memburuk - burukkan Mukhriz dengan menggunakan nama Tun Mahathir. Diorang akan kata ini semua Tun punya kerja.
Itu cara yang mereka buat sewaktu Mukhriz disebut - sebut nak jadi Menteri Besar tempoh hari. Dan tak mustahil ianya akan diulang semula selepas ini.
Itu sebelum penamaan calon. Selepas penamaan calon ni nanti, maka makin ramai la dikalangan mereka yang akan buat cerita itu dan ini.
Tapi, walau macam mana pun keputusannya kelak, ianya pasti akan jadi bahan jajaan dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Percaya la!!!
Andaikata Mukhriz menang, diorang akan buat cerita kononnya dia menang sebab Tun. Kalau kalah pun diorang tetap akan buat cerita jugak.
Tinggal lagi, sebagai ahli Politik, SH yakin Mukhriz dah cukup masak dengan permainan Politik sedemikian rupa. Rasanya dia masih boleh 'bernyawa'.
Tapi, jangan pulak ada yang salah sangka. Ini cuma luahan pandangan yang SH sendiri. Bukan la niat SH nak memperlekehkan Mukhriz. Tetapi itulah senarionya.
Walaubagaimana pun SH ucapkan selamat maju jaya buat Menteri Besar Kedah ni. Semoga Datuk Mukhriz diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangannya menegakkan Agama, memartabatkan Bangsa dan Tanah Air!!!
agaknya puak-puak yang cuba cantas MM kat jerlun dulu tengah dok plan nak buat apa kali ini. semua orang KEDAH TAHU SAPA KEPALA PUAK NI. KITA PAKAT TENGOK.
BalasPadam