Masa kecik - kecik dulu, budak - budak suka la main pondok - pondok ni. Ada la rumah, suami dan isteri serta anak - anak. Tu mainan budak - budak kecik dulu.
Tapi tak sangka pulak ada dikalangan orang tua - tua zaman sekarang ni pun suka main macam tu. Cuma diorang tak main pondok - pondok. Diorang main 'Tribunal Rakyat'.
Apa itu 'Tribunal Rakyat'? 'Tribunal Rakyat' ni perkataan lain yang digunakan oleh Pakatan Haramjadah tu bagi menggantikan perkataan 'Blackout' yang dijaja sebelum ini.
Masa menggunakan perkataan 'Blackout' tempoh hari, puak - puak Pakatan Haramjadah tu menjaja macam - macam cerita pasal Pilihan Raya Umum yang lalu.
Masa tu diorang buat tuduhan kononnya berlaku kejadian 'Blackout' dibeberapa tempat untuk memberikan kemenangan kepada calon tertentu.
Dan kawasan pilihan diorang ialah di Bentong, tempat Datuk Seri Liow Tiong Lai bertanding. Habis diorang canang cerita kononnya di pusat penjumlahan undi berlaku 'Blackout'.
Masa diorang berkempen diseluruh pelusuk Negara tu jugak diorang masih menjaja cerita kononnya wujud 40ribu warga Bangla yang diimport sebagai pengundi hantu.
Tapi penyudahnya seperti yang kita sendiri sedia maklum pada hari ini. Semuanya hanya dakwaan mereka semata - mata. Apa yang dijaja tak wujud pun sebenarnya.
Tambahan pulak, puak - puak Pakatan Haramjadah ni dah mula hilang akal bila semua petisyen yang diorang failkan ditolak oleh pihak mahkamah atas alasan teknikal.
Cuma, dalam kes ni diorang tak boleh tuduh mahkamah berat sebelah sebab petisyen dari Barisan Nasional pun terima nasib yang sama dengan diorang.
Pun ada jugak masalah teknikal yang ditolak oleh pihak mahkamah. Nak salahkan mahkamah tak boleh. Dah peguam masing - masing tak pandai isi borang, nasib la!!!
Sekarang, diorang buat la 'Mahkamah' sendiri yang diberi nama 'Tribunal Rakyat' bagi tujuan untuk terus menipu rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Macam mana kita tak kata diorang cuba menipu rakyat. Semua saksi dan barisan panel dalam 'Tribunal Rakyat' ni terdiri dari kalangan puak - puak Pakatan tu jugak.
Diorang la 'Judge', 'Jury' dan 'Executioner' bagi 'Tribunal Rakyat' tu. Diorang sendiri lapor dan diorang sendiri jatuhkan hukuman. 'Tribunal' apa kejadahnya kalau macam tu?
Hakikatnya puak - puak Pakatan Haramjadah ni dah mula GILA sebab buat benda yang tak berfaedah macam 'Tribunal Rakyat' ni. Diorang SYOK SENDIRI.
Kot ye pun diorang ni dah GILA, takkan la sampai rakyat pun diorang nak suruh ikut GILA macam diorang jugak ye tak!!! Inilah akibatnya bila terlalu GILA nak dapat kuasa!!! Penyudahnya, diorang sendiri GILA jadinya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.