Ahad, September 15, 2013


Tahniah diucapkan kepada penyokong PAS ni kerana berani menimbulkan persoalan kononnya 'Ulama' PAS hari ini sudah mula Gila jawatan.

Diorang dah tak melihat lagi perjuangan menegakkan Islam tu sebagai satu agenda utama didalam parti. Tetapi sebaliknya, masing - masing mula Gila kejar jawatan.

Semuanya berpunca dari kenyataan media Si Nik Aziz tu sendiri yang menegaskan bahawa jawatan Timbalan Presiden PAS perlu disandang oleh seorang 'Ulama'.

Tapi, Si Nik Aziz tu kata wartawan dan pihak media dah memutar-belitkan kenyataan dia. Meh kita tengok kenyataan Hadi Awang selaku Presiden PAS pulak.
Mulataqa Ulama Pas hari ini bersetuju dua jawatan tertinggi dalam Pas harus dipegang oleh golongan ulama.

Perkara itu antara lapan resolusi yang diluluskan perhimpunan tersebut yang berlangsung di sini hari ini.

Mengulas perkara berkenaan kepada pemberita kemudian, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak mendesak anggotanya dalam menentukan siapa presiden dan timbalan presiden.

"Kita amalkan sifat keterbukaan supaya mereka boleh menilai dan memilih sendiri siapa yang layak. Pintu untuk memegang jawatan ini tidak pernah ditutup kepada mana-mana anggota yang layak," katanya yang ditemui selepas majlis penutup mulataqa itu.
Nah!!! Adakah kenyataan Hadi Awang tu pun telah diputar belitkan oleh pihak media seperti yang didakwa oleh Si Nik Aziz sebelum ini?

Kalau kita tengok dari satu sudut, kenyataan Si Hadi Awang tu seolah - olah bersetuju dengan Resolusi yang dibuat melalui Mulataqa Ulama PAS semalam.

Dan, andaikata benar pihak media didakwa telah memutar belitkan kenyataan Si Nik Aziz, kenapa sampai hari ini dia masih lagi berdiam diri? Kenapa dia tak ambik tindakan?

Yang yang paling utama sekali, berani atau tidak Si Nik Aziz tu berterus terang dengan ahli PAS mengenai calon pilihan dia untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS tu? Kalau itu pun dia takut nak umum, apa gunanya dia jadi Mursyidul Am PAS!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping