Itu respon awal yang SH dapat berikan apabila membaca artikel dalam The Star mengenai kenyataan Si Kong Cho Ha ni. Rasanya dia masih ingat dia ada kuasa.
Mungkin sebab itu bagi dia, sebarang acara diperingkat Kebangsaan perlu ada 'Jemputan Khas' untuk dia hadir meraikannya. Kalau tidak, jangan harap la.
Apa yang Si Kong CHo Ha ni buat jelas menjurus kepada kenyataan MB Pahang yang disiarkan dalam akhbar yang sama mengenai sambutan Hari Malaysia.
Cuma SH sendiri berasa skeptikal mengenai kenyataan Si Kong Cho Ha ni. Dia bercakap berdasarkan apa sebenarnya? Hanya berpandukan laporan akhbar?
Macam mana dia boleh buat kesimpulan hanya berdasarkan laporan itu sahaja dan tidak melihat sendiri keadaan pada ketika itu? Kan nampak sangat bodohnya dia?
Apa yang cuba disampaikan oleh MB Pahang bukan mengenai KEHADIRAN, tetapi PENYERTAAN kaum Cina dalam sambutan Hari Malaysia tahun ini.
Kalau tengok persembahan pentas pun, kebanyakkan yang buat persembahan dari kalangan orang Melayu, India dan Orang Asli. Mana pergi anak Cina? Kata MB Pahang:
“Saban tahun saya perhatikan, penyertaan Hari Ulangtahun Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia di negeri Pahang ini, dapat sambutan yang baik; tapi pada kali ini saya lihat, penyertaan ini berat sebelah.“Yang ramai ialah kaum Melayu. Kaum Cina dapat dibilang dengan jari. Kaum India memang tidak ramai tapi mereka datang juga. Orang Aslipun ada sikit,” katanya pada persidangan media itu. - Khabar Pahang
Itu persoalannya. Bukannya MB Pahang tu cerita pasal kehadiran. Kalau nak cerita pasal kehadiran, memang ada orang Cina yang datang. Cuma tak kelihatan ramai.
Malah pada hari tersebut, semua Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Cina Kuantan pun turut serta. Adakah mereka ni bukan orang Cina?
Bagi SH, jika ada anak Cina yang buat persembahan pada hari tersebut, dah tentu ramai ibu bapa akan turut serta sebab diorang nak menemani anak diorang.
Itu sahaja. Pun susah sangat ke Si Kong Cho Ha ni nak faham benda mudah macam tu? Patut la MCA sendiri mudah sangat kena tipu dengan DAPigs.
Kalau nak bercerita pasal semangat patriotisme pun, kita boleh tengok sejauh mana semangat tu ada pada orang Cina ni. Nak pasang bendera depan kedai pun susah.
Jadi, nak kata patriotisme apa kejadahnya kalau macam tu? Kalau orang tu ada semangat patriotisme, dia tak perlu tunggu jemputan. Tau ada sambutan je, dia akan pergi.
Jadi, dalam keadaan ni kita boleh lihat la sejauh mana semangat patriotisme yang ada pada Si Cho Ha ni sebenarnya. Semangat Patriotisme dia hanya berdasarkan kepada jemputan, bukan atas dasar keikhlasan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.