Ahad, September 22, 2013


Sekarang ni, waktu masa tambahan masih berbaki lagi selama 48 jam untuk mana - mana calon yang nak tarik diri dari bertanding dalam pemilihan UMNO.

Kalau rasa - rasa diri tu tak layak, tak mampu nak bawak diri sendiri, sedar la diri tu ye. Bawak - bawak ka tulis surat kata nak tarik diri. Kalau tak pandai, SH boleh tolong.

Bukan apa. Kita nak pemimpin yang benar - benar berkelayakan dan berkemampuan untuk membawa perubahan dalam UMNO. Bukan pemimpin yang kuat 'Main'.

Kalau setakat layak menipu dan hanya mampu nak tabur duit tak tentu arah, rasanya baik tak payah la berangan nak jadi pemimpin. Baik duduk rumah lagi bagus.

Orang yang nak jadi pemimpin ni perlu orang yang bijak susun strategi. Tapi bukan bijak nak cari duit untuk diri sendiri. Kot nak cari duit pun, dia kena pandai kongsi.

Ini tidak. Bila dah dapat jawatan mula la lupa diri dan jadi sombong tak tentu arah. Dan sebab itu SH memberi sokongan kepada Tun Faisal Ismail Aziz ni.

Biar pun orang cakap macam - macam pasal dia, tapi bagi SH dia banyak berjasa dengan menyumbang kepada kesedaran betapa pentingnya media baru.

SH adalah diantara orang yang dibentuk oleh Tun Faisal ketika mula - mula dia datang ke Pahang mencari bakat baru dalam media baru ni. Dah lama dulu dah. Sejak tahun 2009.

Dan sehingga hari ini, SH yakin, ramai diantara blogger besar dalam menjadi panglima pengamal media sosial diseluruh Malaysia pun ada hasil sentuhan dari dia.

Walaupun dia tak pernah bagi duit, cuma setakat belanja makan je kadang - kadang kalau berjumpa, Tun Faisal ni ada karisma dia yang tersendiri.

Tapi buruk manusia ni biasa la. Mana ada manusia tu sempurna. Waima PM sendiri pun ada masalah. Cuma kita je yang tak nak tonjolkan. Begitu jugak dengan orang lain.

Dan Tun Faisal ni pun tak terkecuali. Pun ada jugak kadang - kadang dia buat masalah. Tinggal lagi, masalah yang dia buat tu tak de la besar mana sangat pun.

Kadang - kadang, orang je yang suka bagi 'nasi tambah'. Lauknya dok banyak tu jugak. Jadi, tak de la mendatangkan faedah apa - apa ye tak. Setakat bercerita, biasa la.

Jadi, SH bukan nak suruh perwakilan undi Tun Faisal ni. Hak nak mengundi tu hak korang. Cuma SH nak mengingatkan diri sendiri tentang apa yang Tun Faisal pernah sebut dulu. Kata dia, 'Kita ni nak jadi orang biar la Bijak, jangan jadi 'Kurang Cerdik'!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping