Selasa, September 17, 2013


Polis Negeri Melaka mahu pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'Tailong Man' supaya tampil bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan terhadap pasukan itu di dalam sosial berkenaan pada Jumaat lalu.

Status ugutan di laman sosial tersebut dipercayai dikemas kini pemiliknya untuk membalas dendam setelah polis menembak mati dua ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng, sehari sebelum itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, siasatan lanjut bagi mengesan pemilik akaun laman sosial itu sedang dijalankan pihaknya.

Menurutnya, siasatan menyeluruh turut dilakukan sama ada pemilik laman sosial itu mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap berkenaan.

"Polis mahu 'Tailong Man' tampil membantu siasatan selain meminta orang ramai yang ada maklumat mengenainya agar menyalurkannya kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, pemilik akaun berkenaan mengemas kini statusnya dengan kenyataan:
'KETUA POLIS MELAKA-360/// MAU HANTAM SAMA LU PUNYA ANJING-ANJING. LU JAGA SAMA LU PUNYA ANJING-ANJING KASI MAKAN CUKUP-CUKUP. WA PANCUNG SEEKOR-SEEKOR LU PUNYA ANJING! LU SUDAH KASI SIVA SAMA RAJA TIDUR, LU INGAT LU SUDAH BAGUS? JAGA LU ORG!'
Ps: Kita tengok la sapa kena hantam. Setakat buat ugutan dalam FB, apa barang beb. Tak 'Tailong' la!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping