Memang sah! Kali ini Mat Syabun tu bakal berhadapan dengan laluan yang sukar memandangkan calon Ulama telah pun dinamakan oleh perwakilan.
Dan calon tu pulak bukan calang - calang orangnya. Dia adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan yang baru, Nik Mohd Amar Nik Abdullah sendiri.
Sebelum ini, desas desus kedengaran menyatakan bahawa Si Mat Syabun tu berasa selesa kerana masih belum ada nama yang dicalonkan oleh perwakilan.
Dia beranggapan bahawa tidak ada orang yang berani nak mencabar dia dalam pemilihan PAS kali ini. Tapi ternyata pandangan dia tu meleset sama sekali.
Nama Nik Amar telah pun dicalonkan oleh PAS Kawasan Besut bagi mencabar kedudukan Si Mat Syabun tu dalam pemilihan akan datang.
Selain itu, PAS Besut juga turut menolak nama Husam dari menjadi Naib Presiden dan menggantikan dia dengan Tuan Ibrahim.
Dua lagi Naib Presiden sedia ada masih dikekalkan nama walaupun salah seorang dari mereka tewas dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.
Nampak gayanya, pengaruh dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz sebelum ini telah memberi pengaruh yang cukup kuat kepada ahli diperingkat akar umbi.
Mesej yang cuba disampaikan kepada mereka ternyata jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi. PAS perlu kembalikan kuasa kepada Ulama.
Mereka tidak lagi boleh membiarkan kuasa kepimpinan parti diserahkan kepada orang - orang yang tak tau apa - apa mengenai Islam. Kalau yang setakat tau bercakap je, buat apa.
Maka sebab itu la kita tengok rata - rata ahli diperingkat akar umbi menyokong saranan Nik Aziz biarpun Nik Aziz kata semua orang PAS tu dikira sebagai Ulama.
Walhal, ahli PA sendiri tau bahawa pemimpin macam Si Mat Syabun tu tak layak dianggap sebagai seorang Ulama kerana keperibadian dia tak melambangkan seorang Ulama.
Mana mungkin seorang Ulama hanya mampu tampil diatas pentas ceramah dengan membuat cerita yang bukan - bukan? Isi ceramah pulak penuh dengan caci cerca. Ulama apa kalau macam tu? Kalau 'Ular Mak' memang kena sangat la!!!
Baguis - ahli PAS kena sepak keluaq geng Bang Non Al Juburi dari parti depa...baru lah PAS boleh bernafas semula....
BalasPadam