Heh! Lepas sorang - sorang bersuara menolak cadangan yang dikemukakan oleh Pengarah Strategi PKR tu sebelum ini. Nampak sangat idea dia tak boleh pakai.
Walaupun yang melaksanakan perkara tersebut adalah pihak Kerajaan, tetapi cadangannya tetap datang dari Rafizi. Dia yang beria - ia sangat mendesak sebelum ini.
Ekoran kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.20 sen membuatkan Si Rafizi tu mencadangkan agar elaun Menteri dan Timbalan Menteri dipotong.
Membidas cadangan tersebut, ramai dikalangan pemimpin Kerajaan juga turut mencadangkan agar elaun Ahli Parlimen juga turut dipotong.
Ianya dilakukan untuk mengurangkan bebanan rakyat. Bukankah itu salah satu daripada perjuangan Pakatan jugak? Maka perkara itu wajar dilakukan.
Tetapi, apabila melihat perkara itu 'backfire' kepada Pakatan Haramjadah tu sendiri. Secara tak lansung, cadangan Si Rafizi tu menjadi 'Senjata Makan Tuan'.
Nah! Kali ini budak yang rasa diri dia terlalu 'Pandai' tu terus menyepikan diri bila semua orang mula membuka mulut dan mempertikaikan cadangan dia. Baru dia tau langit tu tinggi ke rendah!!! Jangan dia ingat dia tu 'Pandai' sangat!!!
KOTA KINABALU: Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin mempersoalkan adakah cadangan memotong elaun menteri mahupun pemimpin Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat sebagai satu langkah terbaik untuk penjimatan ekoran kenaikan harga minyak sebelum ini.Beliau ketika ditemui Harakahdaily di pejabatnya memberitahu Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah untuk mengambil tindakan tersebut tetapi tidak yakin ia dapat menyelesaikan masalah tersebut."Kita tidak ada masalah untuk turut sama memotong elaun, tetapi kita perlu persoalkan adakah ia dapat menyelesaikan masalah penjimatan berhubung dengan kenaikan harga minyak."Harga minyak naik kita cadangkan potong elaun, tapi saya dengar kertas kerja cadangan menaikkan harga tarif elektrik sudah ada, hanya menunggu kelulusan, adakah kita akan potong elaun lagi."Sampai bila kita nak potong elaun, memang kita hendak turut sama merasai penderitaan rakyat tetapi tindakan untuk merasai beban rakyat bukan dengan memotong elaun sebaliknya mencari jalan lain untuk menambah pendapatan negara, bukan cara mengurangkan subsidi dan mengambil dari poket rakyat," sambung beliau.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.