Rabu, September 11, 2013


Biarpun beliau sudah tidak lagi berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara, namun jati diri Tan Sri Musa Hassan tidak wajar untuk kita ragui. Kecintaannya kepada Negara cukup besar.

Ia juga termasuk dalam soal keselamatan Negara, Perkara itu dijadikan perkara pertama yang mendapat perhatian bekas Ketua Polis Negara ni.

Maka, tidak salah sekiranya beliau kecewa dengan beberapa tindakan yang dilakukan Kerajaan sebelum ini kerana ianya dilihat terlalu tergesa - gesa.
SHAH ALAM: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan berkata kerajaan silap memansuhkan Akta Ordinan Darurat (EO) tanpa memperkenalkan undang-undang baru untuk menggantikannya.

Beliau berkata sepatutnya perlu ada cadangan undang-undang bagi menggantikan EO, bukan terus mansuh.

Tegas Musa, pihak berkuasa sukar bertindak membanteras jenayah menggunakan undang-undang konvensional, justeru keperluan untuk memperkenalkan undang-undang yang memberikan polis kuasa bertindak dengan lebih tegas.

Musa tidak yakin bahawa pindaan-pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang akan dibentangkan di Parlimen bulan ini berupaya memenuhi keperluan polis.

"Saya rasa kita perlu mendesak kerajaan kita dan parti pembangkang juga bahawa kita memerlukan akta perlindungan yang besar dan kukuh, dan kuat,"katanya.
Bagi SH, tidak salah sekiranya kita sebagai seorang warganegara menegur dan mengkritik Kerajaan agar dapat menambah baik pentadbiran sedia ada.

Sebagai contoh, menghapuskan Akta Ordinan Darurat yang dibuat secara tergesa - gesa tanpa memikirkan implikasinya dimasa akan datang.

Sepatutnya, pihak Kerajaan perlu merangka akta baru sebelum mereka bertindak untuk menghapuskan EO. Itu perkara yang sewajarnya dilakukan.

Namun, dari apa yang SH lihat, pihak Kerajaan terlalu ghairah mahu mendapatkan sokongan rakyat dengan menuruti tuntutan yang dibuat oleh pihak Pembangkang.

Benar, dengan menghapuskan akta tersebut, dunia akan melihat bahawa Kerajaan Malaysia bersifat terbuka dalam menerima cadangan. Tetapi biar la kita bertindak dengan bijak.

Takkan kita nak ikut semua yang orang desak suruh kita buat tanpa kita sendiri bersedia untuk menghadapi kemungkinan dimasa akan datang.

Kita sendiri dah melihat implikasinya ada hari ini. Adakah kita masih lagi mahu menafikan perkara tersebut? Adakah kita masih lagi mahu menyembunyikan kesilapan yang dilakukan?

Bukan sekadar EO sahaja. Malah perkara lain juga turut menjerat diri kita sendiri. Satu lagi contoh, isu berkaitan dengan dakwat kekal. Penyudahnya ia memakan diri sendiri.

Maka, saranan SH adalah supaya pihak Kerajaan bertindak dengan lebih bijak sebelum membuat sebarang keputusan dimasa akan datang. Jangan terlalu ghairah nak ikut telunjuk orang sampai diri sendiri jadi mangsa dikemudian hari!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. nak menang pilihanraya punya pasal eo dihapuskan..sekarang baru nak 'cover" balik....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping