Rabu, September 11, 2013


Nampak gayanya, penolakkan golongan yang dianggap 'Profesional' didalam PAS kini semakin kuat diperkatakan. Nak pulak selepas Nik Aziz bersuara.

Sebelum ini, kita dah dengar pandangan dari Ketua Dewan Ulama PAS sendiri yang turut menyokong kenyataan Mursyidul Am PAS itu.

Kini tiba giliran PAS Selangor pula tampil menyatakan pendirian mereka mengenai pandangan tersebut. Mereka juga turut menyokongnya.
SHAH ALAM: PAS Selangor menyokong 100 peratus golongan ulama memimpin parti seperti disarankan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menjelang pemilihan pucuk pimpinan PAS November ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman hari ini menegaskan bahawa sokongan itu bukanlah suatu yang baru, malah PAS sejak dahulu lagi mengutamakan golongan ulama untuk memimpin perjuangan parti.

“Kami sokong 100 peratus saranan Tok Guru untuk meletakkan ulama di barisan hadapan dan perkara ini bukanlah suatu yang baru.

“Malah dalam kepimpinan Ikhwanan Muslimin, ulama diutamakan dan mengetuai perjuangan mereka sejak dahulu lagi,” katanya ketika dihubungi Antarapos.
Memang sah! Kini kedudukan Si Mat Syabun tu semakin goyang dan ianya diakui secara tidak lansung oleh pemimpin PAS sendiri tanpa mereka sedari.

Semua orang mula bersuara mengenainya. Nak pulak bila Si Mat Syabun tu turut diheret dengan dakwaan kononnya dia terlibat dengan gerakan Syiah.

Dari apa yang SH perhatikan, kenyataan - kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini mengesahkan bahawa didalam PAS memang wujud dua kumpulan.

Satu dari kalangan mereka yang dianggap sebagai Ulama dan satu lagi dari kalangan mereka yang digelarkan sebagai Profesional. Perkara itu memang wujud.

Namun, seperti kebiasaan, pemimpin PAS sendiri tidak mahu mengakuinya dan sengaja menyembunyikan perkara tersebut dari kalangan ahli mereka sendiri.

Jika tidak, kenapa pulak mereka kata kepimpinan utama PAS perlu dikembalikan kepada golongan Ulama? Adakah selama ini bukan Ulama yang memimpin PAS?

Kenyataan itu sahaja boleh dilihat sebagai satu pengakuan sama ada mereka sedar atau pun tidak. Apa yang pasti, PAS cuba untuk mengelirukan ahli mereka.

Kesimpulannya, perwakilan PAS dalam muktamar akan datang perlu berfikir sedalam - dalamnya sebelum mahu membuat pilihan. Adakah mereka mahu golongan 'Profesional' macam Si Mat Syabun tu menjahanamkan parti!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. 3 kumpulan la. Satu kumpulan atas pagar. Hari ulama menang, depa sokong ulama. Esok propesenel menang, depa sokong yg tu pulak. Sapa? lu fikir sendiri.

    BalasPadam
  2. Elok pun Mat Sabun disingkirkan malahan ketiga2 naip priseden pun mesti disingkirkan. Mereka semua pemimpin yang memalukan Pas aja.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping