Hmm... dengar cerita kata keadaan di mahkamah rayuan hari ini masih tenang walaupun ramai jugak orang yang turun berkumpul kat sana.
Dan tak de pulak SH dengar cerita kata ada Unit Amal PAS berkawal depan bangunan mahkamah tu untuk menjaga keselamatan mereka yang hadir.
Biasanya, kalau ada isu berkaitan dengan agama, Unit Amal PAS ni akan membanjiri kawasan tersebut untuk memberikan bantuan jika diperlukan.
Ada korang dengar mana - mana pemimpin PAS yang turun ke mahkamah rayuan hari ni tak? Mungkin Khalid Samad, Mahfuz Omar, atau Mat Sabu ke.
Tak de ke diorang rancang nak buat perarakan macam mana yang diorang buat masa demo Bersih tempoh hari? Mana la tau kot ada tempat berkumpul sebelum berhimpun.
Kalau tak de, apa gunanya diorang ni mendabik dada kata diorang ni pejuang - pejuang Islam? Bila maruah Islam tercabar macam ni, diorang menyorok pulak belakang kain Evangalist. Nak memperjuangkan Islam menda kejadahnya kalau macam tu!!!
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini mendengar rayuan kerajaan dan jabatan agama enam negeri untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar 'The Herald' terbitan Gereja Katholik Malaysia menggunakan kalimah Allah.Mahkamah yang sama pada 22 Ogos lalu menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan beberapa majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah ilmiah penganut agama Kristian itu.Keputusan itu diputuskan panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusuf.Barisan hakim itu kemudiannya menetapkan hari ini (Selasa) untuk mendengar rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.Untuk rekod, pada 7 Januari 2009 Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang The Herald menggunakan kalimah Allah.Gereja Katholik kemudiannya memfailkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membatalkan larangan tersebut.Pada 31 Disember 2009 hakim Lau Bee Lan memutuskan untuk membenarkan majalah mingguan itu menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.
Ps: Berita selanjutnya, kita tunggu petang nanti. Sama - sama la kita berdoa agar kesucian Islam dapat terus dipelihara dibumi Malaysia ni!!!
Mereka tak datang mungkin sebab mereka ada urusan yg jauh lebih penting atau pun mereka menganggap isu itu tidak penting. kalau begitu keadaannya sukalah kita untuk berkongsi maklumat ttg kenapa isu kalimah Allah mmg sangat penting melampaui kepentingan parti UMNO atau pun parti PAS sekali pun sebab ia akan mewarnai "paspot" kita apabila kita meninggal dunia nanti.
BalasPadamKepada org Melayu Islam yg masih keliru kenapa ada orang Islam yang tegas tidak setuju dgn tuntutan pihak gereja Keristian. Cuba fahami betul2 sebab jika kita sendiri pun masih kelitu maka tidak heran lah kalau org bukan Islam akan jadi tidak faham-faham. Kita selalu menggunakan perkataan kalimah Allah adalah HAK kita utk menggunakannya dan "ugama" lain tidak bolih sama sekali. Mengikut tata bahasa didalam bahasa Melayu perkataan "Hak" difahamkan sebagai satu kepentingan tetapi didalam bahasa Arab perkataan itu bererti yg BENAR.. Mmg benar kita semua Allah yg jadikan justeru itu kita semua milik Allah belaka.
Sebenarnya semua penganut Keristian percaya bahawa TUHAN yg disebut didalam kitab Holy Bible King James version mereka itu ada ANAK. Pembaca semua bolih rujuk perkara ini dgn mana-mana org Keristian yg anda kenal. Tetapi didalam kitab Holy Bible mereka semenjak dahulu lagi TUHAN mereka ini tidak bernama. Tuan-tuan bolih rujuk perkara ini dgn mana-mana gereja Keristian di dalam atau luar negara. Kitab Holy Bible mereka hanya menyebut FATHER atau LORD atau GOD sahaja, tetapi ini semua adalah ganti nama dan bukan nya nama-nama Tuhan.
Apabila pihak gereja Katolik Malaysia atau CFM menuntut utk menggunakan kalimah Allah utk menggantikan perkataan FATHER atau LORD atau GOD sefaham kita maka Allah kini sudah ada anak la pulak. Secara warasnya pembaca Muslim bolih bersetuju ke bahawa Allah ada ANAK? Anda yg mengaku Muslim MAHU bersetuju ke dgn kehendak pihak gereja utk menggunakan kalimah itu utk Bible al kitab bahasa melayu mereka? Kalau anda semua bersetuju maka anda akan berhadapan dengan kemurkaan Allah sepertimana Firman Nya didalam Al Quran Surah Mariam ayat 88 - 92.
88 "Dan mereka yang kafir berkata, Allah Al-Rahman mempunyai anak.
89 Demi sesungguhnya kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya.
90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian,
dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah dan gunung pula nyaris-nyaris runtuh ranap,
91 "kerana mereka mendakwa/ mengatakan Allah Al-Rahman mempunyai anak."
92 Padahal tidaklah layak bagi Allah, Al-Rahman bahawa Dia mempunyai anak.
Allah Ta'ala ternyata sangat2 murka dan utk makluman kita semua ayat ini telah lama wujud semenjak lebih 1400 tahun dahulu lagi. Waima ayat ini telah wujud lama sebelum mereka yg menuntut "HAK" penggunaan kalimah utk kitab Bible bahasa Melayu ini lahir ke dunia ini lagi taw! Tidak kah mereka terasa bahawa Allah sudah tahu semenjak awal lagi bahawa mereka akan cuba buat isu ttg kalimah Allah ? Sebab itu kita kata sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ttg segala sesuatu ! Siapa kita untuk mengatakan tidak mengapa pihak gereja nak gunakan kalimah itu dgn fahaman mereka yg songsang lagi syirik itu? Kita tidak bersetuju bukan sebab kita berebut HAK sebenarnya. Kita sebenarnya sangat takot dgn dosa syirik sekiranya kita bersetuju walaupun didalam hati dgn permintaan gila pihak gereja katolik.