Hehehe... Lawak betul la tengok gelagat Pak Samad ni. Makin banyak dia bukak mulut, makin terserlah pulak keperibadian dia yang sebenarnya.
Bukan la niat SH nak memburukkan Pak Samad kepada umum. Tapi hakikatnya Pak Samad sendiri yang membuka ruang tersebut. Jadi, tak perlu la nak marah SH.
Sebelum ini Pak Samad kata dia pun tak heran sangat dengan gelaran 'Sasterawan Negara' tu. Tapi dalam masa yang sama, Pak Samad sendiri yang bermegah dengannya.
Sewaktu berita mengenai Pak Samad dihebahkan dalam media, Pak Samad sendiri kata yang pihak Polis tidak menghormati Pak Samad sebagai seorang 'Sasterawan'.
Tindakan pihak Polis itu disifatkan sebagai satu tindakan yang tidak sewajarnya kepada seorang yang mempunyai gelaran seperti Pak Samad.
Itu kenyataan Pak Samad dan Makwe Pak Samad, Si Ambiga tu sebelum ini. Jelas, Pak Samad dan orang sekeliling Pak Samad bermegah dengan gelaran tersebut.
Dan bila Kerajaan kata yang gelaran Pak Samad tu boleh ditarik balik, Pak Samad kata Pak Samad tak kisah dengan gelaran tu. Kan nampak sangat wayang Pak Samad tu?
Sekarang, Pak Samad tampil dan mencabar pihak Kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap dirinya. Dia cabar suruh Kerajaan ambik balik gelaran tersebut.
Nah!!! SH nak tanya Pak Samad. Jika benar Pak Samad sendiri tak kisah dengan gelaran yang Pak Samad miliki ketika ini, kenapa Pak Samad sendiri tak serahkannya semula?
Kenapa Pak Samad masih nak suruh Kerajaan tarik balik gelaran tu? Kalau betul Pak Samad jujur dalam memberikan kenyataan sebelum ini, Pak Samad la yang perlu ambik tindakan.
Selogiknya, tindakan Pak Samad mencabar pihak Kerajaan adalah satu usaha yang terdesak untuk memburuk - burukkan Kerajaan semata - mata.
Mana tidaknya. Jika Kerajaan sahut cabaran Pak Samad, mudah la Pak Samad dan kroni - kroni dalam Pakatan menunding jari dan mendakwa Kerajaan ni Zalim.
Kan itu juga merupakan salah satu taktik dalam Politik untuk menjatuhkan sebuah Kerajaan? Sekarang sudah terbukti bahawa Pak Samad juga seorang Politikus, sama seperti Si Ketua Penipu tu dalam Pakatan.
Jadi tak payah la Pak Samad nak dabik dada kata Pak Sama ni berada dalam pihak berkecuali!!! Jangan la Pak Samad pun nak menipu rakyat jugak!!!
Kenapa perlu beri perhatian besar buat seorang tua yang sudah cacat mindanya ? Bukankah sudah jelas golongan yang cacat mindanya perlu diberikan rawatan yang sepatut dan ditempat yang sepatutnya ? Rasanya tidak wajar dan adil sekiranya anugerah yang diberikan semasa penerima berkeadaan waras ditarik balik semata mata kerana menjadi sudah tidak waras atau menjadi gila.
BalasPadamDi Pulau Pinang pun banyak orang yang kurang waras (gila) yang berambut panjang dan berjambang tidak terurus separti Pak Samad dan diberi perhatian oleh pentabiran Guan Eng.