Alahai!!! Kesian pulak tengok dia kan? Kalau tak diberi, takut dia meroyan pulak tak tentu arah. Lagi pun, muka dia dah la buruk macam Si Ketua Penipu tu.
Dibuatnya Si Mat Syabun ni merajuk, bertambah buruk la rupa dia dibuatnya. Itu satu kepastian yang nyata. Mau kalah Mak Lampir Zuraidah tu beb. Ngeri!!!
Jadi, atas sebab tak nak Si Mat Syabun ni merajuk dan terus membekukan diri buat sekian kalinya, maka terpaksa la nama dia dicalonkan oleh PAS Kawasan.
Tapi kawasan mana yang calonkan nama dia tu, tak pasti la pulak ye tak. Yang jelas, pencalonan tu sebenarnya atas 'Ehsan'. Bukannya atas kredibiliti dia sebagai pemimpin!!! Jadi, tak payah la Si Mat Syabun tu nak berlagak tak tentu arah!!!
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengumumkan tetap bertanding jawatan itu pada Muktamar Pas bulan depan kerana mendapat pencalonan dari Pas kawasan.Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan pencalonan itu termasuk Pas kawasan yang mencadangkan namanya.“Ada pencalonan… namun saya serah pada perwakilan pada muktamar untuk tentukan sama ada saya dapat pertahan atau tidak jawatan yang disandang,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-34 Pas kawasan Alor Setar, hari ini.Menurutnya, beliau bukan mempertahan jawatan itu kerana keputusan terletak pada pemilihan oleh perwakilan.“Saya serah pada perwakilan, selebihnya tak wajar komen,” katanya.Diasak dengan saranan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyatakan agar jawatan timbalan presiden dipegang oleh pemimpin yang memiliki ilmu agama tinggi atau ulama, Mohamad enggan mengulas lanjut.“Presiden sudah banyak kali komen pasal itu, saya tak mahu komen lagi,” katanya.Mohamad juga enggan memberi sebarang reaksi apabila diajukan persoalan berkaitan peluang golongan ulama dan profesional dalam parti itu pada muktamar.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.