Ahad, Oktober 13, 2013


Ya! SH yakin mesti ada orang yang menangisi kemenangan yang diperolehi oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia malam semalam.

Kenapa pulak mereka menangis? Adakah yang menangis tu semuanya pencabar mereka yang turut bertanding dalam pemilihan kali ini? Jangan silap beb.

Yang menangis bukan mereka yang tewas. Macam yang SH katakan sebelum ini. Dalam pemilihan UMNO tak de siapa yang menang atau kalah.

Maka, siapakah mereka yang menangis? Yang menangis ialah mereka yang bertugas selama hari ini untuk membetulkan persepsi masyarakat terhadap UMNO.

SH yakin bukan SH seorang sahaja yang rasa begitu. Tapi ramai lagi rakan lain yang turut merasainya. Cuma tinggal lagi, diorang berani nak luah atau pun tidak.

Semua orang tau yang Ketua Wanita ni memainkan peranan utama dalam menggerakkan UMNO sejak sekian lama. Puteri masih baru.

Maka, semua perhatian akan ditumpukan kepada Pemuda dan Wanita dalam menjalankan gerak kerja pilihan raya. Dah tentu Ketua Pemuda dan Ketua Wanita ni akan jadi sasaran.

Dan sebab itulah sebelum ini puak - puak Pakatan Haramjadah tu asyik menyerang Ketua Pemuda dan juga Ketua Wanita UMNO Malaysia. Terutama sekali Ketua Wanita.

Macam - macam cerita yang diorang buat sehingga tahap mendedahkan skandal keluarga dan sebagainya. Paling diingati oleh semua orang ialah isu NFC.

Makanya, isu itu tetap juga akan diulang oleh puak - puak Pakatan sepanjang masa selagi Ketua Wanitanya tidak diubah. Itu yang pasti. Tapi, bergantung kepada keadaan.

Disebabkan ahli diperingkat akar umbi masih mahu Kak Ijat memegang tampuk kepimpinan Wanita UMNO Malaysia, SH gesa supaya Kak Ijat segera menyelesaikan masalah tersebut.

Mintak tolong sangat la dengan Kak Ijat. SH tak sampai hati nak tengok makcik - makcik di kampung dihina oleh anak - anak muda biadap dari kalangan Pakatan Haramjadah tu.

Jadi, tolong la. Bersihkan nama dia dari mana - mana skandal yang terbabit. Dedahkan apa kesudahan kes saman dia terhadap Si Rafizi tu sebelum ini. Jangan berdiam diri. Yang susah orang dibawah. Mereka yang perlu berhadapan dengan masyarakat!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Setuju...dia gembira, kita berduka

    BalasPadam
  2. Buat kajian. Berapa ramai ketua wanita umno cawangan yg berusia melebihi 65 tahun tapi masih mahu jadi ketua dan tidak mahu beri laluan kpg yg lebih muda. Golongan inilah yg akan ikut cakap ketua wanita bahagian yg seangkatan mereka dan ketua wanita bahagian pula ikut cakap ketua wanita negeri yg dilantik pula oleh ketua wanita umno pusat. Wanita umno cawangan kebanyakannya adalah petugas yg patuh bukan pejuang yg melawan musuh umno secara berdepan

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping