Isnin, Oktober 28, 2013


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan hari ini mengesahkan akan melepaskan jawatan yang disandang sejak 2009 pada pemilihan parti akan diadakan pada November ini.

Lebih mengejutkan Ahli Parlimen Temerloh ini mengumumkan untuk tidak bertanding jawatan naib presiden sebaliknya hanya bersaing untuk kerusi ahli jawatankuasa kerja pusat.

"Naib presiden pun tarik (diri). Saya sedia menerima (jawatan) ahli jawatankuasa PAS Pusat sahaja," kata Nasruciin melalui khidmat pesanan ringkas kepada Antarpos.

Menurut Nasrudin, keputusan melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada muka baru untuk menerajui sayap itu.

"Kini tibalah detik paling sesuai saya mengundur diri dari Dewan Pemuda PAS Pusat saat usia menjengah 43 tahun.

"Faktor pengunduran saya termasuklah telah tiba masa yang paling sesuai untuk saya berundur, memberi laluan kepada adik-adik seperjuangan untuk menyambung baton kepimpinan dan risalah perjuangan ini dengan baik dan jayanya berdepan cabaran yang semakin sengit," kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Justeru beliau berharap keputusan bertanding di peringkat pusat dapat membantu menimba lebih banyak pengalaman.

"Saya mahu meneroka ruang perjuangan (tarbiyah, dakwah dan siasah) di medan yang lebih luas dan berbeza setelah sekian lama berlumus dengan Dewan Pemuda PAS Pusat sejak tahun 1985.

"Maafkan saya atas salah dan silap jua pelbagai kelemahan dan kekurangan diri ini sewaktu sama - sama berjuang dan memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat," katanya.

Nasrudin ketika ditanya kemungkinan untuk bertanding jawatan naib presiden berkata beliau belum layak untuk kerusi itu.

"Ramai calon berkaliber di kerusi naib presiden. Bagi hak kepada yang layak," katanya.

Khamis lalu Jawatankuasa Pemilihan PAS mengumumkan senarai calon layak bertanding pada pemilihan yang akan diadakan pada 22 hingga 25 November ini.

Jawatankuasa itu mengumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2002.

Jawatankuasa itu turut mengumumkan Nasrudin layak untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2009.

Antara lain yang layak merebut jawatan naib presiden termasuklah tiga penyandangnya - Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar sementara yang lain ialah Mohamad Sabu (Timbalan Presiden), Datuk Abu Bakar Chik, Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Nasrudin dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping