Hehehe... Apa boleh buat beb. Sendiri yang cari pasal. Jangan la nak buat muka buruk pulak. Dah la muka tu memang dah sedia buruk. Jangan ditambah keburukkannya lagi.
Dengan adanya pendedahan yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian hari ini, ianya telah berjaya membuatkan Si Mahfuz Bean tu terkedu dan tak mampu nak menjawab.
Nak tak nak dia terpaksa suruh orang lain jawab isu yang dibangkitkan dalam sidang media petang tadi. Nampak sangat la dia tak mampu nak jawab isu tu.
Sekarang, isu yang didedahkan awal pagi tadi hanya jadi bahan lawak jenaka je bagi semua orang. Termasuk la Datuk Paduka Mukhriz Mahathir sendiri. Tu pasal la muka Si Mahfuz Bean tu bertambah buruk jadinya!!!
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berasa lucu dengan penjelasan PAS yang menyalahkan pereka grafik berhubung kontroversi gambar calonnya yang diubahsuai untuk menunjukkan beliau mesra dan rapat dengan bekas menteri besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak."Saya rasa terkejut, tergelak dan rasa pelik kenapa kempen kecil ini sanggup buat-buat foto ini untuk tunjuk hubungan calon dengan Azizan," kata Mukhriz pada sidang media petang tadi.Menurutnya, taktik sedemikian adalah petunjuk jelas yang PAS sebenarnya merendah-rendahkan kebijaksanaan pengundi Sungai Limau."Saya ingat itu tak sepatutnya berlaku," katanya pada sidang media selepas majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, petang tadi."Ini penghinaan kepada pengundi seolah-olah mereka ini tak boleh buat penilaian yang bijaksana."PAS pagi tadi menyalahkan pereka grafik yang mengubahsuai melalui pertindihan gambar calonnya bertemu dengan almarhum Tan Seri Azizan Abdul Razak di pejabat beliau seperti dimuatkan dalam risalah kempen mereka sebelum ini.Anggota Dewan Undangan Negeri Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang bertindak sebagai pengarah operasi pilihan raya PAS di Sungai Limau berkata pihaknya tidak ada niat untuk "mengada-adakan sesuatu yang tidak ada".
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.