Selasa, Oktober 01, 2013

Dia sendiri pun GAGAL dapat Undi Popular, pun masih berangan nak jadi Kempen Manager orang lain???

Hah! Ni apa pasal pulak Si Guan Eng ni? Dah buang tebiat ke dia ni? Tak pasal - pasal je dia nak berkempen untuk Kak Ijat kenapa? Apa muslihat dia?

Macam biasa la beb. Puak - puak DAPigs ni buat kerja bukannya pernah jujur. Kalau nak kata ikhlas tu, lagi la mengarutnya. Jadi, mesti ada agenda tersembunyi.

Kalau tidak, apa kejadah pulak Si Guan Eng ni nak bantu Kak Ijat dalam kempen pemilihan UMNO kali ini? Ada benda yang dia nak mintak dengan Kak Ijat ke?

Dalam satu sidang media yang diadakan baru - baru ini, Si Guan Eng tu bagi komen kata kekuatan UMNO tu terletak pada sayap Wanita.

Itu memang kita tak nafikan la. Memang diakui sejak dari dulu lagi bahawa Wanita ni memainkan peranan penting dalam perjuangan UMNO.

Tapi, kenapa pulak baru hari ni Si Guan Eng tu sedar? Malah dia siap sebut pulak nama Kak Ijat dengan memberikan gambaran bahawa Kak Ijat ni kuat sampai Azalina pun takut.
"Memang tidak dinafikan kekuatan UMNO terletak pada wanita dan kaum ibu. Shahrizat kuat sampaikan Azalina pun tak berani lawan!" katanya.

Namun bila ditanya jika Shahrizat kalah dalam PAU nanti, adakah ia memberi kelebihan kepada Pakatan? "Saya harap Shahrizat tak kalah" jawabnya bersahaja.
Nah! Ini pandangan SH. Hakikatnya, Si Guan Eng ni sedar, jika Wanita tetap mengekalkan Kak Ijat sebagai Ketua, maka ianya akan menjadi lebih mudah buat mereka.

Kerja diorang lepas ni untuk terus memburuk - burukkan Wanita UMNO lebih mudah memandangkan Kak Ijat banyak terlibat dengan kontroversi.

Itu hakikat yang semua orang kena akui. Malah Kak Ijat sendiri pun kena sedar dan terima hakikat dengan keadaan tersebut sama ada dia mahu atau tidak.

Integriti Wanita tercalar apabila nama Kak Ijat banyak kali dijadikan bahan jajaan oleh puak - puak Pakatan dikalangan masyarakat diperingkat akar umbi.

Tidak dinafikan bahawa Kak Ijat memang ada kekuatannya tersendiri. Tetapi, disebabkan kontroversi yang melanda Kak Ijat sebelum ini membuatkan dia jadi sasaran.

Isu berkaitan dengan kes saman Kak Ijat terhadap Rafizi masih lagi belum diketahui kesudahannya. Semua orang nak tau apa kesudahan kes tersebut.

Jadi, jika Kak Ijat masih nak kekal mengepalai Wanita UMNO, Kak Ijat perlu cari jalan untuk membersihkan nama dia dari kontroversi tersebut. Itu je caranya.

Kalau Kak Ijat mampu ubah persepsi orang dan menghapuskan kontroversi yang melanda diri dia, baru la puak - puak Pakatan Haramjadah tu takut dengan dia. Tak de la dia jadi bahan sasaran untuk Pakatan memburukkan UMNO!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Assalam Bro

    Yang tersiratnya... kalau Ijat kalah tak adalah punching beg untuk mereka kena kan UMNO pada PRU 14... Isu NFC masa tu orang tak layan sebab Ijat dah tak jadi Ketua Wanita UMNO... Jadi Ahli UMNO nak pilih siapa....?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping