Selasa, Oktober 01, 2013


Kalau ye pun nak bantah PCA sampai sanggup angkut makcik - makcik dari ceruk kampung ke lobi Parlimen, apa faedah yang puak Pakatan tu dapat?

Bila tanya soalan pasal PCA ni pun masih ada yang tergagap - gagap nak menjawab. Sebab ianya belum dibentangkan lagi. Apa yang diorang buat hanya spekulasi.

Tapi, jangan la kita tanya pada sorang Ahli Parlimen tu pasal PCA. Takut nanti, ada jugak dia tanya kita balik, "PCA tu apa? Kuih Raya ke?" Tak pasal - pasal je malu muka!!! Buang masa je jadi Ahli Parlimen kalau itu jawapan dia!!!
Tan Sri Musa Hassan mengatakan pindaan Rang Undang-Undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 2013 yang sedang heboh di Dewan Rakyat pada ketika ini tidak akan menganiayai sesiapa.

Menurut bekas Ketua Polis Negara itu, meskipun rang undang-undang itu masih mempunyai elemen penahanan tanpa bicara, satu lembaga kehakiman terdiri daripada hakim yang berpengalaman akan ditubuhkan bagi menilai keadilan dalam penahanan suspek.

“Tidak ada sesiapa yang akan teraniaya kerana ia lebih terbuka dan menekankan aspek integriti kepada polis," kata Musa dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider di Petaling Jaya semalam.

"Hal ini kerana polis tidak boleh mengambil tindakan sembarangan terhadap penyiasatan mereka kerana hasil siasatan akan disemak semula oleh panel hakim," tambah beliau lagi.

Katanya, walaupun PCA mempunyai unsur penahanan tanpa bicara, kerajaan telah mewujudkan mekanisme untuk menjaga keadilan.

“Bagi saya tiada masalah meskipun tiada perbicaraan awal di mahkamah. Jika mereka tidak berpuas hati dengan keputusan yang diputuskan, tahanan masih boleh hadir ke Mahkamah Tinggi untuk membuat semakan semula,” katanya.

Musa menjelaskan suspek boleh mengemukakan habeas corpus dan menulis kepada lembaga penasihat untuk membuat semakan semula.

Katanya, negara seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah lain masih menggunakan undang-undang tahanan tanpa bicara dan Malaysia juga seharusnya tidak diberikan pengecualian untuk menggunakan pendekatan sama.

“Saya merasakan setiap kerajaan yang bertanggungjawab akan menjaga keselamatan rakyat dengan mempunyai undang-undang tegas bagi mengawal dan mengambil tindakan kepada mereka yang cuba untuk merosakkan keamanan serta keselamatan negara.

“Inilah yang terjadi apabila undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) telah dimansuhkan yang sepatutnya dikaji dahulu. Banyak pihak yang merungut apabila undang-undang sedemikian mahu dikembalikan,” katanya.

Musa berkata ketiadaan undang-undang sedemikian menyebabkan banyak jenayah ganas meningkat dan masyarakat sudah tidak lagi selamat apabila kejadian tembakan makin bertambah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping