Jumaat, Oktober 04, 2013

Rupa orang tua tak sedar diri.
Muka dah berkedut pun dia masih GILA KUASA!!!

Menjelang Muktamar Pas Ke-59 pada 22 November depan cakap-cakap tentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai liabilit terhadap Pakatan Rakyat (PR) semakin jelas berbunyi.

Pada 14 September lalu, kumpulan ulama Pas menganjurkan Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kompleks Pas Kedah yang antara lain resolusinya mencadangkan supaya tahaluf siyasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) disemak semula.

“Saya berharap Pas Pusat segera menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Pas serta menilai kembali tahaluf siyasi” kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dalam ucaptama Multaqa Ulama Se-Malaysia itu.

Menurutnya berdasarkan prestasi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Pas hilang dominasi dalam PR selain hilang sokongan pengundi Melayu-Islam.

Berdasarkan keputusan PRU-13 lalu, Pas sudah hilang dominasi dalam pakatan pembangkang menjadikan kedudukan Pas sangat lemah,” katanya.

Bercakap kepada Mstar, Harun memfokuskan sasarannya terhadap PKR yang dipimpin oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim

“Apa yang saya minta adalah supaya Majlis Syura menjalankan satu kajian yang komprehensif untuk menilai kesan kerjasama dengan PKR.

“Kita perlu mengenal pasti faktor-faktor dan risiko yang boleh mempengaruhi PAS dalam jangka masa panjang,” katanya.

Disusuli pula dengan forum anjuran kem Pas bukan ulama pada 2 Oktober 2013 yang dianjurkan Free Public Forum Malaysia (FPF) membariskan empat orang ahli panel iaitu, dua Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pas Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi serta Pengarah Penyelidikan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub membayangkan kemungkinan ketiga-tiga pemimpin teratas parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi akan beraksi pada pilihan raya umum akan datang.

Ketiga-tiga pemimpin yang dimaksudkan itu adalah Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang

“Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), saya yakin kita tidak lagi menyaksikan Abdul Hadi; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewarnai pilihan raya tersebut,” katanya.

Ps: Si Din Pudu tu ingat senang - senang ke diorang nak lepaskan peluang macam tu saja? Kalau Hadi Awang mungkin la jugak. Tapi Kit Siang dengan Si Ketua Penipu tu?

Jangan harap la!!! Diorang takkan lepaskan peluang dengan begitu mudah. Selagi diorang tak dapat jejak kaki ke Putrajaya, jangan mimpi la diorang akan tarik diri dari arena Politik!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping