Huh! Nampak gayanya Harun Taib ni akan jadi musih ketat Si Khalid Gereja tu dalam masa terdekat ni.
Puas pulak la Si Khalid Gereja tu memburuk - burukkan Harun Taib kerana menyokong keputusan mahkamah semalam.
Jika sebelum ini, Si Khalid Gereja tu dah jadikan Hassan Ali sebagai mangsa dia. Sampai kena pecat Si Hassan Ali tu dibuatnya.
jadi, adakah Si Khalid Gereja tu akan buat benda yang sama terhadap Harun Taib? Berani tak dia nak balun Harun Taib seperti mana yang dibuat terhadap Hassan Ali???
Kuala Lumpur - Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan yang menetapkan Gereja Katolik tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar penerbitan mereka, 'The Herald'.
Menurut Harun, keputusan itu adalah tepat sekaligus membendung umat Islam di negara ini daripada terkeliru dengan agenda pihak berkepentingan.
"Saya setuju sebab menepati apa yang saya tegaskan selama ini
"Saya setuju dengan keputusan mahkamah hari ini sebab saya tidak mahu melihat anak-anak orang Islam terkeliru dengan perkara ini," katanya ketika dihubungiAntarapos.
Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan kalimah Allah bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.
Kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam The Herald hanya akan mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat, demikian kata panel hakim.
Dijangka pihak gereja akan mengemukakan rayuan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.