SH masih terngiang - ngiang lagi kata - kata yang diluahkan oleh seorang Ahli Parlimen Pembangkang sebaik sahaja Pilihan Raya Umum selesai bulan Mei yang lalu.
Kata dia, "UMNO gagal untuk mencipta persepsi bagi menjatuhkan Pakatan dan mengurangkan undi dikalangan rakyat kepada mereka."
Ayat itu memang cukup jelas memberi mesej bahawa orang UMNO memang tak pandai bermain persepsi untuk membuatkan Pakatan Pembangkang kacau bilau.
Bagaimana pun, bagi SH ianya tidak memberi sebarang kesan. Biar pun kita hari ini hidup dalam dunia persepsi, namun ianya hanya sampingan.
Mungkin UMNO tidak pandai mencipta persepsi. Tetapi sokongan rakyat terhadap UMNO masih lagi kukuh dan kian bertambah. Itu fakta yang Pembangkang tak dapat nafikan.
Rakyat masih percaya kepada UMNO untuk memimpin Kerajaan. Rakyat masih memberi sokongan mereka kepada UMNO untuk terus kekal menerajui Malaysia.
Maknanya, sokongan rakyat terhadap UMNO masih tidak terhakis biarpun pelbagai persepsi buruk dilakukan oleh puak - puak Pakatan terhadap UMNO.
Namun malangnya, ada dikalangan pemimpin UMNO sendiri terpaksa bergelumang dalam dunia persepsi sehingga orang tidak dapat lihat kredibiliti dirinya.
Persepsi yang diwujudkan itu sendiri telah menenggelamkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin yang berwibawa sedangkan persepsi itu bukan dia sendiri yang buat?
Maka persoalannya, adakah benar seperti mana yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Pembangkang tu? Adakah UMNO memang tidak pandai untuk mencipta persepsi? Atau mereka hanya sekadar pandai mencipta persepsi sesama sendiri? Korang fikir la sendiri!!!
aku dah letih cerita pasal Hisham . dia berada dikedudukan terbaekkk dan memiliki berbagai kelebihan dalam Program mempromosikan diri dan Imej . namun disebalik segala usaha dan Propa samada di Media Perdana dan Elec...bila sebut nama Hisham orang akan segera terkenangkan "Keris" .."Amaran "..."Lubang Cacing" ...dan "Gelak Tawanya" yg tak hingat dunia...
BalasPadamTerimalah hakikat bahawa persepsi ahli terhadap Hisham - adalah pemimpin yg "Tak Berani @ Penakut" ...naik dengan Nama "Bapak dan Dato"...Kekal di Kabinet sebab "Najib". Walau pun Kem Hisham hantar sms hampir setiap hari ke no hanset aku ...yg pasti ..undi aku nanti bukan untuk Hisham ... dia gagal...dia gagal untuk manfaatkan segala peluang yg ada . Hisham masuk Politik dgn disamput bagai menatang air dalam dulang... kini masanya dah berakhir.... ahli UMNO kecewa dgn Hisham...