Serabut kepala Si Khalid Gagap ni kena tibai 'Depan Belakang'!!! |
Itu satu persoalan yang masih lagi menjadi tanda tanya dikalangan rakyat khususnya di Negeri Selangor. Malah ahli - ahli PKR sendiri pun dah naik heran.
Kenapa secara tiba - tiba Ibupejabat PKR melancarkan serangan bertubi - tubi terhadap Menteri Besar Selangor yang gagap tu secara beramai - ramai?
Apa sebenarnya yang hendak mereka lakukan dengan membuat serangan terbuka sedemikian? Apa faedahnya yang mereka dapat?
Hanya untuk membuktikan bahawa pentadbiran serta pemerintahan mereka mengamalkan dasar Politik terbuka? Nampak sangat la menipunya.
Jika sebelum ini, kenapa PKR tidak mengamalkan perkara yang sama ketika pemilihan parti yang diadakan pada tahun 2010 yang lalu?
Berbakul - bakul laporan serta aduan yang dibuat secara terang - terangan kepada pihak pengurusan parti. Tapi sampai hari ni, satu hapah pun tak dilayan.
Jadi, kenapa sekarang baru diorang nak melaksanakan dasar 'terbuka' tersebut? Sebab dah malu dengan UMNO yang berjaya mengadakan pemilihan terbuka baru - baru ni?
Rasanya itu je alasan yang mampu untuk menutup kemaluan mereka yang sebenarnya. Tapi, disebalik semua spekulasi itu, ada satu lagi kemungkinan yang wujud.
Hakikatnya, semua orang dalam PKR melihat kedudukan Si Khalid Gagap tu mampu untuk mengugat Si Azmin Aiskrim tu dalam pemilihan yang bakal diadakan tak lama lagi.
Hanya tinggal Si Khalid Gagap tu sahaja yang boleh mencabar Azmin untuk merebut jawatan tertinggi dalam Parti Kencing Rakyat tu. Orang lain semua dilihat tak de kredibiliti.
Maka, untuk memburukkan nama Khalid Gagap, diorang lancarkan serangan terbuka bertubi - tubi terhadap Menteri Besar Selangor tu secara besar - besaran.
Dengan cara itu, ahli parti akan menolak Si Khalid Gagap tu dalam pemilihan yang akan datang. Maka, cerah la peluang Si Azmin Aiskrim tu nak merampas kuasa.
Kemungkinan besar itulah yang direncanakan oleh segelintir pemimpin dalam PKR sejak kebelakangan ini. Hasrat diorang hanya untuk kekal berkuasa demi kepentingan peribadi. Bukannya untuk kepentingan rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.