Mahfuz Omar cuba bermain sentimen. Dan sama seperti dalam beberapa dogma dan doktrin yang lain, Mahfuz Omar cuba menggambarkan bahawa tanggungjawab Kerajaan adalah untuk memajukan rakyat.
Tak kiralah sama ada rakyat itu menyokong Kerajaan atau pun menentang Kerajaan, baik menerusi tentangan di peti undi, apatah lagi kalau mengangkat senjata atau memburuk-burukkan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh Kerajaan.
Orang bangang sahaja yang boleh menerima rasionaliti yang cuba dituturkan oleh Mahfuz Omar.
Tidak ada mana-mana pentadbiran di dunia ini yang akan mengambil tindakan sebagaimana yang cuba digambarkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat di negara ini.
Majoriti memerintah minoriti. Itu adalah konsep yang perlu diterima dan dihadami oleh Mahfuz Omar dan para pecacai Pakatan Rakyat sekaliannya.
Namun memandangkan Mahfuz Omar dan para penyokong Pakatan Rakyat adalah bermentalitikan PAKATAN RAKYAT, maka bodoh dan bengap mereka membuatkan mereka sukar faham bahawa kemajuan, kekayaan, kemakmuran dan keselesaan perlu didahulukan oleh kerajaan kepada golongan dan tempat-tempat yang telah menyokong mereka.
Manakala tempat-tempat yang tidak menyokong pula hanya akan menerima tempias dan saki-baki daripada peruntukan yang tidak dapat dihabiskan.
Dalam keadaan Malaysia yang masih muda dan proses pembangunan terus berjalan dengan rancak, nampaknya tidak ada cara untuk kawasan-kawasan yang dimenangi oleh golongan penentang atau anti kerajaan untuk menerima tempias atau saki-baki proses kemajuan.
Dan mujurlah, parti utama yang memerintah negara ini adalah UMNO. Jadi, walaupun banyak tempat yang menentang dan anti dengan kerajaan, pembangunan dan infrastruktur tetap diberikan tumpuan oleh kerajaan di tempat-tempat berkenaan.
PAS diberi peluang untuk memerintah Kedah. Apa yang PAS lakukan sepanjang tempoh berkenaan?
Apa yang PAS telah lakukan untuk rakyat Kelantan sepanjang mereka memerintah dari tahun 1990 sehingga sekarang? Apa yang PAS telah lakukan untuk rakyat Terengganu sewaktu mereka menang pada tahun 1999?
Mahfuz Omar menyalak kononnya, walaupun PAS kekal menang di Sungai Limau, pembangunan dan keselesaan penduduk di kawasan berkenaan, tidak boleh dikesampingkan oleh Kerajaan Negeri yang baru.
Kononnya sebab, penduduk di kawasan berkenaan juga membayar cukai-cukai yang diperuntukkan untuk Kerajaan Negeri.
Justeru, kalau konsep dan falsafah Mahfuz Omar dan Pakatan Rakyat digunapakai, untuk apa pula wakil rakyat PAS dimenangkan di kawasan berkenaan?
Adakah semata-mata untuk menunjukkan bahawa ia merupakan proses demokrasi semata-mata?
Ps: Biasa la. Orang macam Si Mahfuz BeAn ni bercakap bukannya guna Kepala Otak. Tapi dia banyak pakai Kepala Lutut!!!
Nama pun Mr. Bean. Apa la yang diharapkan sangat.
BalasPadam