Sabtu, Oktober 12, 2013


Esok kira-kira 140,000 perwakilan Umno di seluruh negara akan membuat pengundi untuk memilih barisan kepimpinan mereka di peringkat bahagian dan juga kebangsaan.

Jawatan yang akan menjadi tumpuan tentulah perebutan Ketua Pemuda Umno, Ketua Wanita dan Ketua Puteri. Inilah tiga jawatan yang hagat dan dinanti-nantikan keputusannya.

Pemilihan kali ini akan menguji sejauh mana keberkesanan sistem pemilihan baru diperkenalkan Umno yang menggantikan sistem kouta.

Ia juga akan memberi arah tuju dan indikator sejauh mana politik wang atau rasuah semasa pemilihan dalam parti itu dapat diatasi atau tidak.

Jawatan ketua Pemuda menjadi rebutan lima orang calon. Khairy Jamaluddin sebagai penyandang dicabar oleh pemuda yang tidak pun berada dalam barisan exco pemuda.

Mereka adalah pemuda-pemuda kecil yang dilihat tidak termasuk dalam cakro politik menteri belia dan sukan itu.

Mereka boleh dianggap datang menyergah dari luar akar umbi kepemudaan Umno.

Pemuda yang turun mencabar Khairy ialah, Akhmarsyah Muamar Ubaidah Sanusi, Syed Rusli Syed Harman, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abdul Karim Ali.

Nama-nama ini selain Akhmarsyah tidak pernah dikenali pun. Akhmarsyah pun dikenali kerana dia kebetulan anak bekas menteri, Sanusi Junid.

Meneliti kepada nama-nama itu yang masing-masing belium ada jasa dan track rekod di dalam Pemdua Umno, Khairy dilihat akan menang dengan mudah.

Walaupun empat yang menentang beliau, tetapi perwakilan pemuda sudah dapat menilai ketua mereka sebelum ini, Khairy.

Khairy mempunyai beberapa kelebihan yang tidak dapat ditanding oleh para pencabarnya. Aura kepemudaanya dibawahnya dirasai walaupun ia tidak memuncak.

Kesetiaan Khairy kepada Umno dan bekerja dalam keadaan tiada jawatan selama lima tahun menjadikan modal penting buatnya.

Ahli pemuda akan menilai ini dan tidak mudah menolak retorik atau manifesto dari pencabarnya.

Perlantikan beliau sebagai menteri oleh Najib Razak menunjukkan menantu bekas PM itu sudah mendapat kepercayaan Najib.

Kalau Najib tidak percaya dan dapat mengesani aset kehebatannya pasti Najib tidak akan membawa masuk Khairy ke dalam kabinet.

Saya meramalkan Khairy akan menang besar esok, manakala tiga dari empat pencabarnya akan hilang wang pertaruhan. - MSO
Categories:

2 ulasan:

  1. kah kah kah.. KJ tu kalau bukan anak menantu Pak Lah org kenal dia ke? Apa jasa KJ dlm UMNO?

    BalasPadam
  2. walaupun dah diberi peluang..kj telah gagal dlm memartabatkan melayu. sblm jadi kp umno dulu pun...siapa kj? takde org kenal? tq

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping