Ahad, Oktober 27, 2013

Maka tinggal la Si Huse tu dengan kambingnya dalam kenangan...
Kerajaan pusat bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan bagi perkara yang memberi faedah kepada rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, pelaksanaan pelbagai program dan projek oleh kerajaan pusat menerusi inisiatif Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kelantan adalah antara contoh kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk manfaat rakyat.

"Pelaksanaan ECER di Kelantan banyak memainkan peranan untuk membantu membangunkan negeri ini sekaligus membuktikan kerajaan pusat prihatin untuk memajukan negeri ini yang ketinggalan supaya Kelantan juga akan menjadi negeri maju seperti negeri lain," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Terbuka ECER Bersama Rakyat di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung di sini, hari ini.

Beliau secara bersama dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob merasmikan majlis tersebut.

Mustapa berkata, ECER banyak membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat di negeri ini sejak ia mula dilaksanakan pada 2007.

Antara projek yang telah dilaksanakan ialah pembangunan Taman Halal di Pasir Mas; Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan di Pengkalan Kubor, Tumpat, Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali di Pasir Puteh; dan projek Agropolitan Kelantan Selatan di Gua Musang.

Pada taklimat media di sini Khamis lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER Datuk Jebasingam Issace John berkata pelaksanaan pelbagai program dan projek di bawah ECER di Kelantan berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM6.5 bilion dalam tempoh lima tahun sejak 2007.

Ps: Heh! Itu belum masuk cerita pasal Lebuh Raya yang akan diusahakan secara usahasama diantara Kerajaan Pusat dan Rejim PAS Kelantan tu.

Kalau dizaman Si Husam Kambing tu, jangan harap la dia nak buat semua benda ni. Sebab dia berpolitik demi kepentingan diri dia sendiri.

Tu pasal la sampai hari ni banyak 'Tugu - Tugu Projek Mega' hasil peninggalan Si Husam Kambing ni diseluruh Negeri Kelantan. 

Semuanya dia buat hanya semata - mata untuk menjaga imej dan menaikkan nama dia je. Bukannya dia buat semua tu untuk menjaga kepentingan rakyat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping