Hehehe... Kelakar betul bila tengok gelagat Si Mahfuz Bean tu ye tak. Memang sejibik macam BADUT bila dia berbicara. Sampai berbuih - buih mulut dibuatnya.
Sebelum ini, Si Mahfuz Bean tu ada membuat tuduhan terhadap UMNO/BN yang dikata mengamalkan 'Politik Wang' dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau ni.
Tapi, apa yang Si Mahfuz Bean tu kata hanyalah satu tuduhan yang tidak berasas kerana dia hanya membuat anggapan dan tidak ada bukti lansung yang diketengahkan. (Klik kat sini)
Maka sehubungan dengan itu, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir tampil mencabar agar Si Mahfuz Bean tu buat laporan kepada pihak SPRM. (Klik kat sini pulak)
Jika ada bukti yang sah, maka Si Mahfuz Bean tu perlu tampil dengan bukti yang kukuh dan membuat laporan kepada pihak yang berkenaan. Jangan setakat bercakap je.
Kalau setakat semua benda yang pihak Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri tawarkan kepada rakyat dianggap sebagai 'Politik Wang', payah la jawabnya.
Maka jadi la kempen Pilihan Raya ni macam kempen yang biasa dibuat oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu. Semuanya setakat bercakap mengutuk orang je tak tentu arah.
Jadi jangan heran la kalau lepas ni, jenuh pulak la Si Mahfuz Bean tu suruh jentera PAS pegi kutip anak ayam untuk dijadikan bukti sebab semalam dengar kata ada orang bagi benih anak ayam.
Melambak pulak la anak ayam yang akan dibawa ke pejabat SPRM. Puas la diorang nak menjaga anak ayam tu sampai kes tersebut boleh dijadikan sebagai kes mahkamah. Bersepah pulak la anak ayam tu kat dalam mahkamah nanti!!! Hahaha...
Kepada Umno, jangan lah nak kisah apa Pas nak kata. Kalau Umno rasa memang orang2 Sg Limau perlu diberikan bantuan maka beri lah kepada mereka. Beri sama rata, jangan kira dia orang sebelah mana. Orang Umno dapat orang Pas pun dapat. Soal orang Pas nak undi Umno ke tidak itu bukan urusan kita, itu kerja tuhan. Kalau orang Pas yang menerima bantuan itu sebenarnya " manusia " maka insyallah dia tidak akan lupa kepada pihak yang menolongnya. Tetapi kalau orang Pas yang menerima bantuan itu sebenarnya " setan " maka kita harap Datok Muuhriz terima lah ketentuan tuhan bahawa " setan " memang dijadikan tuhan begitu lah sifatnya.
BalasPadamAna Muslimah